Ulasan

10 Jenama Palsu Terkenal Dalam Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Permainan video memang penuh dengan jenama palsu dan kebanyakkannya memang sangat menarik perhatian sehingga secara tidak sedar kita sebagai pemain permainan video menyangka jenama-jenama itu seakan-akan wujud di dunia nyata.

Permainan siri Grand Theft Auto adalah salah satu permainan yang tidak dinafikan lagi sebagai permainan video yang sangat hebat dalam pemalsuan produk dan jenama palsu.

Maka dengan itu di sini kami menyenaraikan 10 jenama/produk palsu yang sangat menarik pada pandangan kami.

Sprunk (GTA series)

Lokasi : East Beach (GTA San Andreas), Montgomery (GTA San Andreas), TudorAlderney (GTA IV)

Sprunk walaupun hanya sekadar iklan dan papan tanda. Minuman tenaga berperisa lemon versi GTA ini sangat menarik minat sehinggakan ada yang mencari minuman ini di kedai-kedai. Sprunk adalah gabungan dua nama Sprite dan Spunk.

Abstergo (Assassin’s Creed series)

Abstergo Industries adalah satu syarikat yang dijalankan pihak Templar untuk mencari petunjuk tentang Assassin. Ianya satu syarikat canggih yang ingin mewujudkan New World Order.

Kami mengubah dunia setiap hari dalam pelbagai cara.

Salah satu cabang perniagaan lainnya pula adalah, Abstergo Entertainment. Terlibat dalam penciptaan realiti maya, menggunakan teknologi Animus sebagai permainan video interaktif. Tetapi, itu adalah sisi terang mereka.

Sisi gelapnya pula adalah bahawa Abstergo menggunakan teknologi Animus yang boleh didapati secara komersial ini untuk mengumpul maklumat memori daripada orang ramai, dan merekrut tentera Templar untuk memusnahkan Assassins Order.

Vladof (Borderlands)

Vladof merupakan pengeluar senjata api di dalam permainan Borderlands 1 dan Borderlands 2. 

Senjata keluaran Vladof menjanjikan tembakan dengan kadar yang tinggi pada jarak yang pendek dan sederhana. Tidak banyak yang diketahui tentang syarikat ini, dan gelaran CEO mereka ialah – Comrade Vladof.

Berikut adalah antara senjata keluaran syarakat ini;

Piswasser (GTA series)

Satu lagi jenama yang menjadi terkenal di dalam permaianan GTA adalah ”PIswasser.” Secara tersiratnya bermaksud air kencing. Ianya adalah jenama minuman arak yang ada dalam GTA. 

Penampilan : GTA IV dan GTA V

Aperture Science (Portal)

Cave Johnson telah menubuhkan Aperture Science pada tahun 1974; adalah syarikat penyelidikan yang terdapat di dalam Portal dan Portal 2 dan merupakan pengasas untuk Aperture Science Handheld Portal Device. Syarikat fiksyen ini berlokasi di Upper Michigan, Cleveland dan Ohio. Sebelum bertukar nama  ke Aperture Science, nama asalnya adalah Aperture Laboratories dan syarikat ini mempunyai pesaing iaitu Black Mesa. 

Ryan Industries (BioShock)

Andrew Ryan percaya dengan pasaran bebas dan tidak memerlukan pertolongan dari mana-mana pihak untuk berjaya. Ryan Industries telah wujud sebelum Rapture lagi.

Ryan Industries telah membuat bandar di dalam air serta membuat kerja-kerjanya dibawah air dan membuat sejenis bahan kimia dinamakan Plasmid. Plasmid boleh menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Nuka Cola (Fallout series)

Jika GTA mempunya Sprunk, Fallout pula mempunyai Nuka Cola. Minumamn yang disediakan di padang gurun ini juga mempunyai pelbagai jenis pilihan .Terdapat juga penutup botol tertentu yang boleh digunakan  sebagai mata wang. 

Antara Pilihan Nuka Cola :

Fallout & Fallout 2 : Nuka Cola

Fallout 3 : Ices Cold Nuka Cola , Nuka Cola Quantum , Nuka Cola CLEAR.

Fallout Tactics : Cherry Nuka Cola, Classic Nuka Cola, Yellow Nuka Cola, Fusion Nuka Cola

Feisar (WipEout series)

Feisar dikenali sebagai pasukan lumba Anti Graviti mewakili Persekutuan Eropah dan di dalam Wipeout juga terdapat satu lagi jenama besar iaitu Auricom. 

Antara Kapal Feisar : FEISAR FX350, FEISAR LS-5600 Mk.IV (F3600), FEISAR F5000, FEISAR F7200, FEISAR LS-59 (F9000), FEISAR FX300,  FEISAR FX400

Ultor (Red Faction and Saints Row)

The Ultor Corporation, dinamakan bersempena dengan kuil Rom kuno. Kuil ini yang dikhaskan untuk dewa Rom Mars, adalah badan pentadbiran urus industri di Marikh sebelum First Martian Revolution dan sebelum digulingkan oleh kumpulan pemberontak Red Faction dan Earth Defense Force.

Antara Saintis : Axel Capek , Kristen Pahlke ,Wiley Newell , Gerardo Ybarra , Hawkins.

Rupture Farms (Oddworld)

Jika terdapat makanan yang keluar dari Fupture Farm jangan ingat ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang elok kerana ianya diperbuat daripada Mudoken.

Ianya dicarik, dilenyek dan dibentuk bulatkan untuk dijadikan makanan anda. Pencipta idea untuk menggunakan Mudoken sebagai bahas asas makanan adalah Mullock. 

Rumusan

Di dalam senarai ini, jenama yang mana satukah anda harapkan menjadi satu jenama di dunia nyata? Kami memilih Nuka Cola dan Sprunk. Nampak seperti menyelerakan. Erhmm.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.