Pilihan Kami Ulasan

10 Permainan Seram Terbaik Sepanjang Zaman

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Ia adalah satu perkara yang pelik jika anda ketagih dengan perkara yang seram.

Sebenarnya kami sendiri apabila bermain dengan permainan seram macam biasa sebelum tidur kami akan pastikan lampu dipasang kerana takut apa yang akan muncul di tingkap bilik kami.

Namun sebahagian daripada kita terlalu suka dengan perkara seram lalu ditukarkan kepada hobi. Apakah?

Tetapi apakah permainan seram terbaik sehingga tahun 2017 ini? Apakah pengalaman yang paling menakutkan kepada anda sehingga anda terbayang-bayang asalkan anda mencelik mata?

Berikut adalah 10 permainan seram sepanjang zaman. Brrrr

Layers of Fear

Platform : Linux , Microsoft Windows, PS4, Xbox One

Permainan survival seram ini merupakan permainan yang penuh dengan psikologi. Permainan ini dibangunkan oleh syarikat Bloober.

Dalam permainan ini anda perlu mengawal seorang pelukis psikologi yang terlampau taksub untuk menyiapkan lukisan teragung beliau.

Pemain perlu menyelesaikan teka-teki dan meneroka setiap kawasan untuk menyelesaikan misi. Permainan seram ini tidak akan lengkap jika tiada aksi yang mengejutkan pemain.

Lone Survivor

Platform : PC, PS 3, PS VITA, PS4,WII

Permainan 2D ini berkisarkan tentang seorang lelaki bertopeng yang memerlukan dia terus bertahan daripada jangkitan mayat hidup.

Anda boleh memecah masuk mana-mana tempat untuk mendapatkan bekalan untuk terus bertahan.

Tetapi dalam permainan ini duit tidak penting kerana tidak ada apa untuk dibelanjakan kerana semuanya sudah ditinggalkan. Apa yang paling penting di dalam permainan ini ialah lelaki bertopeng ini perlu tidur jika tidak dia akan menjadi gila. 

Alan Wake

Platform : Xbox 360, PC

Permainan seram psikologi ini dibikin seolah-olah seperti filem. Permainan ini dimainkan di dalam bandar kecil Bright Falls.

Pemain perlu melawan musuh yang digelar The Taken yang menyerupai bayang-bayang yang ingin membunuh anda.

Permainan ini tidak seperti permainan seram lain dimana hantu / musuh selalu ingin mengejutkan secara tiba-tiba untuk menakutkan anda. Dalam permainan ini juga anda perlu berhati-hati semasa menembak kerana peluru yang terhad. 

Until Dawn

Platform : PS 4

Permainan yang menyediakan pelbagai cerita penamat ini agak menarik untuk dimainkan. Anda dibenarkan untuk mengawal setiap karakter yang disediakan di dalam permainan ini.

Permainan ini memerlukan anda membuat keputusan sehingga perlu memikirkan siapakah perlu hidup dan siapa perlu mati untuk menyelamatkan ahli yang lain.

Jika pemain rasa keputusan yang dibuat itu salah, sila mulakan kembali permainan ini.

Condemned: Criminal Origins

Platform : Xbox 360, PC

Walaupun permainan ini bukan mengenai gangguan hantu, tetapi keseraman permainan ini apabila permain perlu menyiasat kes pembunuhan bersiri.

Anda akan diganggu oleh penjenayah dan musuh yang mengalami gangguan mental.

Ethan perlu menyelesaikan misi dan membuktikan dirinya tidak bersalah selepas rakan setugasnya dibunuh menggunakan pistol miliknya.

Di dalam permainan ini jarang anda dapat menggunakan pistol jadi anda hanya dapat menggunakan taser atau membunuh musuh dengan pukulan yang membunuh seperti kayu.

Fatal Frame II: Crimson Butterfly

Platform : PS 2

Permainan yang dibangunkan untuk platform Playstation 2 ini mengisahkan seorang perempuan, Mio dan ditemani kameranya yang mempunyai kelebihan untuk menangkap gambar hantu dan mengetahui apa kisah disebalik kejadian yang berlaku.

Resident Evil 7

Platform : Xbox One, PS4 , Microsoft Windows

Walaupun permainan ini baru dilancarkan pada tahun ini, tetapi permainan ini antara permainan survival seram terbaik pilihan kami. Daripada versi PS4 ke versi VR, permainan ini terbaik untuk dimainkan.

Pemain perlu mengawal Ethan yang mempunyai beberapa kemahiran dan Ethan juga dilengkapi dengan beberapa senjata.

Ethan dalam misinya perlu mencari isterinya yang telah hilang beberapa tahun lepas dan terpaksa menentang keluarga Bakers yang telah dijangkiti penyakit pelik.

Alien: Isolation

Platform : PS 3, PS4, Xbox One, Xbox 360

Adakah bagi anda menentang makhluk asing itu seram? Bergantung kepada anda untuk menentukan kerana dalam permainan survival seram ini anda perlu terus hidup dan mengelak dari serangan makhluk asing tersebut.

Apa yang malangnya, Alien ini dikatakan tidak akan mati. Jadi anda akan sentiasa akan diburu oleh alien ini.

Pemain perlu mengawal Amanda dan sentiasa perlu berhati-hati. Di dalam permainan ini Amanda dilengkapi satu alat mengesan untuk mengetahui dimana beradanya Alien tersebut.

Tetapi alat mengesan tersebut juga ada keburukannya dimana jika Alien tersebut berdekatan dengan anda ianya akan memudahkan Alien dengan mudah mengesan anda. 

Amnesia: The Dark Descent

Platform : PS4, Linux , Microsoft Windows

Amnesia adalah permainan penerokaan dan survival seram kerana di dalam permainan ini, watak utama Daniel tidak boleh berada dalam kegelapan terlalu lama jika tidak ianya akan membuatkan Daniel tidak waras.

Daniel akan pulih jika objektif misi dihabiskan atau berada ditempat yang terang. 

P.T.

P.T. ataupun Playable Teaser dalah permainan yang dimainkan di sebuah rumah terbiar. Pemain perlu meneroka setiap ceruk kawasan rumah tersebut untuk menyelesaikan teka teki yang diberikan.

Di dalam permainan ini tidak disediakan apa-apa senjata, menjadikannya sesuatu kelainan bagi permainan survival seram kerana bagi Hideo Kojima jika pemain disediakan dengan senjata perasaan seram itu akan berkurangan kerana pemain lebih suka melawan dari melarikan diri.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

5 Permainan Yang Banyak Adegan Mengejutkan

Outlast 2 : Sejauh Mana Tahap Keseraman Permainan Ini

2DARK : Permainan Seram, Ganas dan Menjengkelkan.

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 1

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 2