Pilihan Kami Ulasan

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Bermain Persona 5

Diolah oleh hang92

Persona 5 adalah merupakan karya terbaik pada platform JPRG bagi kami. Dengan markah tertinggi yang diperolehi oleh Persona 4 Golden pada francais sebelum ini, ramai yang ragu-ragu sama ada Persona 5 mampu untuk mengulangi semula kejayaan pada permainan ini.

Tetapi dengan semua keraguan itu, Atlus telah membuktikan mereka telah berjaya sekali lagi dengan mengulangi kejayaan untuk francais Persona kesayangan kita kali ini. Tahniah kami ucapkan!

Kami secara peribadi, mahukan sesuatu permainan yang kami beli dengan penat lelah kami lalu kami berpuas hati terhadap sebarang pembelian. Persona 5 merupakan salah satu permainan yang kami amat berpuas hati.

Oleh itu, Kami nyatakan 10 sebab kenapa anda perlu bermain dengan permainan ini.

1 : Stail Persona Itu Sendiri

Image result for persona 5 gameplay

Daripada butang yang dipaparkan di bahagian menu sehingga watak protaganis menggunakan kuasa Persona, semuanya mempunyai animasi yang tersendiri dan grafik tersebut adalah cantik sekali.

Tidak kira jika anda bermain di platform PS3 atau PS4, grafik yang ditonjolkan amat menyerlah diselit pula dengan runut bunyi permainan yang agak tertangkap, catchy.

2 : Bersembunyi Daripada Musuh

Image result for persona 5 gameplay

Jika sesuatu permainan dimasukkan elemen boleh bersembunyi daripada musuh, elemen tersebut haruslah dimasukkan dengan jitu dan tepat agar tidak mencacatkan sistem mekanik sesuatu permainan.

Nasib baik, elemen bersembunyi di dalam permainan ini dilakukan dengan betul di mana pemain perlu banyak bersembunyi semasa di dalam istana larangan.

Elemen ini juga memberi kelebihan kepada pemain kerana pemain dapat memulakan langkah awal jika berlaku petelingkahan dengan musuh.

3 : Pemain Boleh Menetapkan Tahap Kesusahan

Permainan ini boleh dinikmati oleh semua pemain tidak kira latar belakang dan umur, kanak-kanak tak boleh.

Jika anda risau ada kanak-kanak yang tetap berdegil untuk bermain, maka anda boleh memilih tahap kesusahan ‘SAFE’ untuk mengelakkan mereka nampak apa yang tidak sepatutnya.

4 : Permulaan Jalan Cerita Yang Terus Mendebarkan

Pada permulaan permainan, setelah skrin muat turun sudah tamat, anda terus disajikan dengan watak Joker di dalam kasino. Anda akan diarahkan oleh Morgana (anda belum kenal siapa itu Morgana) dan akan mengikut tutorial yang akan diarahkan oleh Morgana.

Di dalam 3 jam pertama permainan ini, anda akan berjumpa ramai karekter Shadows dan akan banyak belajar tentang sistem permainan ini dan dimana dunia yang sedang Joker berada.

Kalau dibandingkan dengan JPRG lain, mereka mengambil masa yang agak lama untuk pengenalan sistem berbanding dengan permainan ini.

5 : Jalan Cerita Yang Mengagumkan

Persona 5 tidak semua melibatkan aksi dan pertelingkahan sahaja, jalan cerita permainan ini turut memainkan peranan penting untuk mengangkat reputasi permainan ini kepada tahap yang tertinggi.

Penggunaan suara naratif dan watak antagonis yang menarik dan lucu juga diselitkan di dalam permainan ini.

Jika anda sudah bermain francais permainan Persona sebelum ini, anda sudah tentu kenal dengan watak Igor di dalam bilik Velvet.

6 : Permainan ini Berlatarkan Bandar Tokyo

Image result for persona 5 gameplay

Tahukah anda bandar Tokyo merupakan bandar yang terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanah?

Jadi lokasi dalam permainan Persona sebenarnya berdasarkan dari lokasi kejadian sebenar, Persona 4 dimainkan di Inaba, Jepun. Persona 3 dimainkan di Iwatodai, dan Pulau Port.

Persona 5 pula dimainkan di Tokyo, dan jangan terkejut jika anda terpaksa bersesak-sesak dengan penduduk Tokyo semasa menaiki keretapi laju.

7 : Penekanan Terhadap Warna Merah dan Hitam Dalam Permainan

Image result for persona 5 transform

Atmosfera di dalam permainan ini dipenuhi dengan warna merah dan hitam dengan sebab tertentu, jadi anda akan kerap berjumpa dengan latar belakang warna merah samada di dalam keadaan santai atau situasi berlawan.

Kesan daripada penggunaan warna ini menyebabkan wujudnya kesan dark comics, ataupun komik seram dan meninggalkan kesan estetik kepada pemain.

Di dalam Persona 3, penggunaan warna biru banyak ditekankan dan warna ini sangat muram dan menyedihkan.

Persona 4 pula menggunakan warna kuning dan ini amat berlawanan dengan Persona 3.

8 : Permainan Persona Sebelum Ini Sangat Menakjubkan

Image result for persona 4 golden

Atlus telah mengeluarkan permainan Persona sejak dari tahun 2000 lagi, itu adalah 17 tahun lepas!

Mereka telah hadir di dunia ini untuk menghasilkan permainan yang hebat untuk peminat mereka, dan Persona adalah salah satu daripadanya.

Dengan pengenalan kepada permainan seperti Persona 3 dan Persona 4 yang boleh dimainkan di platform PSP dan PS Vita, permainan seperti Persona 5 boleh dikatakan akan turut mengikut jejak langkah permainan sebelum ini.

9 : Kanak-kanak Tidak Bermain Permainan Ini

Image result for persona 5 sexy

Tiada ibu bapa yang akan membenarkan anak-anak mereka sekurang-kurangnya 17 tahun ke atas untuk bermain permainan ini. Maka anda tidak akan berjumpa dengan orang yang tidak matang melontarkan pandangan dalam ruangan komen, itu yang kami harap.

10 : Kerana Kami Telah Banyak Kali Menulis Tentang Persona 5

Antara tajuk-tajuk penulisan kami adalah seperti di bawah,

Persona 5 – Bermain sebagai pelajar sekolah yang bermasalah

Persona 5 – Permainan Untuk Anime Jepun

Dapatkan pelekat Persona 5 untuk pengawal anda

Persona 5 : Markah tertinggi untuk PS4 untuk tahun ini daripada Metacritic

Pesan / Sikit : Untuk rekod anda,  kami di sini menggemari kesemua genre permainan dan tiada yang terkecuali. Di dalam 6 bulan lepas, kami sudah bermain beberapa permainan seperti Destiny Rise of Iron, Final Fantasy XV, Horizon Zero Dawn, Mass Effect Andromeda, Tales of Berseria, dan ada beberapa tajuk yang sudah kami lupa. Maka tiada pilih kasih atau terlalu mengagungkan sesuatu permainan tersebut. Barulah adil!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.