Tips

10 TAJUK PERMAINAN PSVR YANG TERBAIK 2016

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

10 PERMAINAN YANG MENGGUNAKAN PLAYSTATION VR YANG TERBAIK UNTUK TAHUN 2016 DAN AWAL TAHUN 2017 YANG PATUT ANDA CUBA

1. Rez Infinite

Pembikin : Monstars + Enhance Games

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

Tetsuya Mizuguchi mencipta permainan ini berdasarkan sci-fi. Terima kasih kepada sistem yang tidak memerlukan kuasa yang terlalu tinggi membuatkan Rez Infinite berjalan seperti dengan licin.

Ianya akan menarik anda betul-betul ke dalam muzik dan anda tidak akan sedar kepala anda dan badan secara automatik bergoyang mengikut irama.

2. Resident Evil 7: Biohazard

Pembikin : Capcom

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

Resident Evil 7: Biohazard adalah game bergenre seram dan ini adalah produk terbaru dari CAPCOM. Anda perlu meneroka untuk tahu apa yang terjadi di rumah tersebut

Bagi anda yang lemah semangat tidak digalakkan untuk bermain permainan seperti ini di kerana mengunakan VR dan anda pasti merasakan anda betul-betul berada di tempat tersebut.

3. Keep Talking and Nobody Explodes

Pembikin : Steel Crate

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

“Keep Talking and Nobody Explodes”, teruskan bercakap dan tiada sesiapa akan meletup sementara anda nak selesaikankan misi anda untuk matikan bom itu.

Anda kena teruskan bercakap dan berinteraksi. Apa-apa pun permainan ini memerlukan kerjasama yang kuat –kerana apa yang penting kerja… sama…

4. Until Dawn: Rush of Blood

Pembikin : Supermassive

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Ya

Games bergenre seram dan survival ini penuh dengan suspens kerana sedang anda asyik menembak sebanyak mungkin sasaran yang diberikan, anda tidak akan tahu dari mana badut akan datang untuk membunuh anda. Hati-hati tau

5. Star Wars: Battlefront – X-Wing VR Mission

Pembikin : Criterion / DICE

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

Ia hanya boleh bertahan 20 minit, tetapi apa yang terbaik adalah misi permainan ini X-Wing VR Star Wars Battlefront.

Meletakkan anda betul-betul di dalam kokpit pesawat pejuang X-Wing, ia membawa anda terus ke dalam elemen utama alam semesta Star Wars.

6. Batman: Arkham VR

Pembikin : Rocksteady Studios

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Ya

Batman: Arkham VR penuh dengan video yang menarik dan anda perlu menyelesaikan kes-kes yang berada di Gotham city dan anda akan berjumpa dengan muka-muka penjenayah yang menakutkan seperti JOKER dan KILLER CROC.

7. Wayward Sky

Pembikin : Uber Entertainment

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Ya

Satu permainan teka-teki isometrik yang bertujuan untuk membantu pemain muda, Wayward Sky

Permainan ini memerlukan anda menyelesaikan teka-teki untuk menyatukan kembali seorang juruterbang wanita muda dengan bapanya. Wayward Sky mempunyai jalan cerita yang agak emosi.

8. Thumper

Pembikin : Drool

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

Permainan yang membuatkan anda perlu peka dengan apa yang bakal anda lalui dihadapan kerana halangan tiba-tiba datang dari hadapan

Ianya memerlukan anda untuk menggerakan jari anda. Jika anda perlahan sila mulakan dari awal ya.

9. Superhypercube

Pembikin : Kokoromi

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Tidak

“Superhypercube” memerlukan anda menggunakan VR sebagai medium untuk bermainnya. Anda juga kena lebih peka dan pandai dalam meneka bentuk apa yang akan anda lalui dan perlu samakan kiub dengan bentuk di hadapan itu. CUBA LA DULU MANA TAU DAPAT BUAT MINDA KITA LEBIH FOKUS DARI YG SEBELUM NI.

10. Battlezone

Developer: Rebellion

Adakah ianya memerlukan Pengawal Move? Ya

Battlezone adalah imbasan dari permainan arked dan PSP kini sebagai PSVR.

Permainan berasaskan kereta kebal dan perlu membuat misi serta mempertahankan kawasan anda daripada diserang.

Permainan ini bagi kami mempunyai grafik yang agak ketinggalan zaman, jadi sebelum anda membeli, cuba tengok ulasan dulu ye — takut anda bosan pula

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.