Ulasan

10 WATAK TERBAIK YANG TERDAPAT DI PERMAINAN RESIDENT EVIL

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Jika Resident Evil menyediakan sesuatu selain keganasan dan adegan yang menakutkan, permainan ini juga ada menyediakan watak-watak yang unik dengan peranan masing-masing.

Berikut adalah sepuluh watak yang paling terkenal, paling ikonik, dan sangat dikenali dalam siri ini.

1 – Hunk

Hunk adalah ejen khas bagi Umbrella Security Service dan merupakan pemimpin pasukan Alpha. Seorang yang dingin ,tidak banyak bercakap dan tidak mempunyai emosi. Hunk juga merupakan seorang yang kejam.

“Ini adalah peperangan untuk meneruskan hidup. Ini adalah tanggungjawap anda“

Penampilan pertama : Resident Evil 2

2 – Jack krauser

Jack Krauser adalah ejen dalam peperangan menentang keganasan. Sebelum ini dia adalah seorang askar dan dikenali dengan nama SILVERDAX dan pernah bertugas bersama Leon. Malangnya dia dibunuh oleh Ada Wong. 

“Ada sesuatu yang tidak kena , ia seperti bau medan perang….dan kematian”

Ayat Krauser bersama Leon semasa memasuki kawasan yang dijangkiti.

Penampilan pertama : Resident Evil 4

3 – Rebecca Chambers

Rebecca Chambers adalah seorang anggota baru daripada S.T.A.R.S, pasukan Bravo. Dia berpengalaman dalam bidang biokimia dan kemudian menjadi penasihat kepada Bioterrorism Security Assessment Alliance. 

“Saya sudah melanggar perintah dari misi pertama lagi. Adakah kerjaya penguatkuasa ini sesuai untuk saya?”

Rebecca, selepas berbohong kepada Enrico melalui radio untuk melindungi Billy.

Penampilan pertama : Resident Evil 1

4 – Barry Burton

Barry Burton merupakan penasihat dan pakar pertempuran untuk Bioterrorism Security Assessment Alliance.

Sebelum bertugas di Alliance dia adalah seorang ahli taktikal khas dan penyelamat untuk S.T.A.R.S. 

Penampilan pertama : Resident Evil 1

5 – Claire Redfield

Claire Redfield adalah ahli organisasi hak asasi manusia, Claire antara yang terselamat dalam insiden di Racoon City.  

Claire pergi ke bandar untuk mencari abangnya dan Claire telah ditangkap oleh pasukan Umbrella dan dipenjarakan di Island Rockfort. 

“Saya mesti mencari abang saya “

Penampilan pertama : Resident Evil 2

6 – Albert Wesker

Seorang yang berpengetahuan dan sangat licik , merupakan seorang lelaki yang mencari kuasa untuk mendominasi manusia untuk kepentingan sendiri. Dengan itu dia bergabung kuasa dengan Umbrella. 

“Setiap hari manusia semakin dekat dengan kemusnahan sendiri , saya tidak memusnahkan dunia tetapi saya menyelamatkannya “

Penampilan pertama : Resident Evil 1

7 – Chris Redfield

Chris Redfield merupakan anggota American Special Operations untuk Bioterrorism Security Assessment Alliance.

“Saya tidak boleh terus berlari, saya perlu berani bersemuka dengan kebenaran dan bertanggungjawab, itulah perkara yang selalu mengingatkan saya. Satu-satunya cara untuk mendapatkan kembali kehidupan saya”

Penampilan pertama : Resident Evil 1

8 – Ada Wong

Ada Wong merupakan karakter cantik dan menarik yang ada di RE, tidak dapat dipastikan samada dia seorang yang baik atau tidak dan biodatanya juga tidak dapat dipastikan .

Ada Wong adalah seorang perisik profesional dan bekerja dengan pesaing Umbrella, dia bekerja untuk membangunkan senjata biologi yang ada.

“Saya sedang mencari teman lelaki saya ,dia bernama John“

Kata Ada Wong kepada Ben Bertolucci semasa dia di dalam penjara.

Penampilan pertama : Resident Evil 2

9 – Leon S. Kennedy

Leon Scott Kennedy adalah ejen persekutuan Amerika dan bekerja untuk Division of Security Operations (D.S.O.)

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai polis untuk Raccoon City Police Department (R.P.D.).

Aksinya di Racoon City telah menarik perhatian lalu dia diserap menjadi ahli US-STRATCOM

“Terserah pada kita untuk menumpaskan Umbrella“

Penampilan pertama : Resident Evil 2

10 – Jill Valentine

Jill Valentine merupakan anggota American Special Operations Agent (SOA) bagi Bioterrorism Security Assessment Alliance di mana dia adalah seorang pengasas pertubuhan tersebut.

Dia juga mempunyai ranking paling tinggi di dalam organisasinya. 

“Anda mahu S.T.A.R.S.? Saya akan memberikan anda S.T.A.R.S.”

Penampilan pertama : Resident Evil

Baca juga artikel seperti ini di konsol.my

Permainan Resident Evil: Revelations Telah Dipertontonkan Untuk PS4 Dan Xbox One

Video : Bila Adik Dipaksa Bermain Resident Evil 7

6 Permainan Zombi Yang Anda Boleh Cuba

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 2

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.