Ulasan

1001 Journeys Of A Hero : Permainan Hasil Kreativiti Anak Muda Tempatan

Diolah oleh hang92

1001 Journeys Of A Hero merupakan sebuah permainan yang direka khusus bagi individu yang meminati permainan papan, board games.

Ia boleh didapati dalam bentuk permainan di dalam telefon mudah alih peribadi dalam bentuk aplikasi dan boleh dimuat turun di Google Play Store.

Menurut pencipta permainan ini, Bitbit Bitbit, pihaknya amat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan konsol.my dan turut berperanan mencipta sejarah industri permainan papan di Malaysia.

Kepercayaan ini merupakan satu penghormatan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini.

Kerjasama ini membuktikan Malaysia berkemampuan dalam menyediakan tenaga cipta dari warga tempatan untuk mencipta aplikasi permainan telefon mudah alih yang terkini.

Secara tidak langsung, ia telah membuka lembaran baru kepada pereka tempatan lain untuk tampil kehadapan dalam menjadi perintis industri permainan komputer di negara ini.

Menurut pencipta permainan ini, “Game ni macam game dam ular, tapi stail RPG. – Baling dadu, lepas tu karekter akan jalan, lepas tu akan terjadi macam-macam kat tempat berenti tu, heh heh heh. Apa akan terjadi bergantung kepada nasib, ketangkasan, dan memori anda. – Jalan ambik giliran lawan dengan komputer, sampailah kita sampai di tempat ‘final boss’. – Game ni tak panjang sangat, berapa minit nanti habis la. Jadi boleh main sementara menunggu. Terima kasih ya. Sori kacau.”

Tambahnya lagi, “Game simple saja, ikut nasib, tapi ada yang perlu kita pakai ingatan, ataupun reflex, ataupun tekan skrin laju-laju haha”

Selain itu dia berkata lagi, “Ya boss. Dia jalan macam game ular. Tapi setiap petak stage tu ada event sendiri. Jadi bergantung kepada apa yang kita buat dan lalui, ia akan mempengaruhi samada boleh kalahkan Demon Lord stage last nanti. kalau berjaya, atau dapat duit paling banyak, boleh dapat equipment yang kita ada tu sebagai collection. Nanti saya akan buat penambahbaikan lagi, tambah event, item apa semua, gameplay.”

Permainan ini boleh dimuat turun pada Google Play Store, 1001 Journeys Of A Hero

Juga, jika ada sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan pertanyaan anda kepada bitbitbit64bit@gmail.com

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.