Pilihan Kami Ulasan

2 Permainan Arked Perlumbaan Pilihan Kami

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Jika anda tidak pernah berkunjung ke pusat arked dalam masa 20 tahun yang lepas maka jangan bimbang, kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai permainan ini. 

Elemen pemain berbilang, multiplayer adalah sesuatu yang kami rasa kenapa permainan arked ini digemari oleh kebanyakkan remaja sekolah, hihi.

Selain itu, rekabentuk permainan arked juga sangat berwarna-warni kerana warna merupakan salah satu teknik pasaran yang penting pada tahun 1990-an.

Walaupun permainan arked ini memerlukan duit syiling untuk dimainkan, yang hairannya tetap ada remaja yang berpakaian baju sekolah memenuhi ruangan di pusat arked samada di pusat membeli belah ataupun di lot kedai di kawasan pekan.

Daytona USA

‘Daaaaaaaytona!’, bunyi semasa permainan ini dimulakan.

Permainan ini mempunyai tiga trek, Beginner, Advanced dan Pro yang membolehkan pemain sama ada bermain menentang komputer atau sehingga 40 kereta dalam satu perlumbaan sekaligus dengan rakan-rakan lain.

Related image

Daytona USA adalah satu permainan arked yang dibangunkan oleh Sega AM2 dan diterbitkan oleh Sega. Keluaran pertama adalah pada 1994.

Permainan ini telah dialihkan ke Sega Saturn pada tahun 1995, dan untuk Windows pada tahun 1996. 

Daytona USA kemudian diperkenalkan ke PlayStation Network pada 25 Oktober, 2011 dan untuk Xbox Live Arcade sehari kemudian. Permainan ini juga datang dengan permainan berbilang/multiplayer dan boleh dimainkan sehingga ke 8 orang dalam satu masa.

Nak tahu juga apabila anda bermain Daytona ini suka pakai gear automatik atau lebih gemar rosakkan tombol gear tersebut?

Initial D

Image result for initial d arcade

Dalam permainan Initial D Arcade Stage, pemain akan berlumba dengan lawan yang berbeza dalam pelbagai jenis trek gunung dan bukit yang dipaparkan seperti dalam komik manga.

Menggunakan sistem kad memori, pemain boleh menyimpan kereta yang telah diubah suai sendiri dan tahap kemajuan mereka untuk sesi yang akan datang.

Jika tidak, tahap kemajuan permainan akan hilang dan pemain perlu memulakan permainan semula dari awal.

Pemain juga boleh menggunakan kad yang sama pada stesen lain selagi ianya versi yang sama. Walau bagaimanapun, kad tersebut hanya boleh digunakan sebanyak 50 kali sahaja selepas itu perlu diperbaharui.

Terdapat juga mod permainan lain seperti LEGEND OF THE STREETS , TIME ATTACK , BUNTA CHALLENGE dan TAG BATTLE. 

Siapa ada simpan lagi kad INITIAL D ini? Kongsi dengan kami kereta apa yang anda pakai dan berapa banyak bintang yang sudah dikumpulkan?

Rumusan

Permainan arked perlumbaan merupakan salah satu kenapa setiakawan anda bersama rakan-rakan masih terpelihara sehingga ke hari ini. Tiada yang lebih memuaskan daripada melanggar kereta rakan-rakan anda ke dinding dan mendengar jeritan geram dan kekecewaan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.