Ulasan

20 Negara Yang Berbelanja Paling Banyak Untuk Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Senarai di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan untuk permainan video secara global bagi tahun 2016.

Anggaran ini adalah berdasarkan kepada pelbagai data penyelidikan seperti kuantiti pengguna, jumlah transaksi, laporan pengeluar untuk suku tahun, dan juga data dari bancian pemain video.

Jumlah transaksi adalah berdasarkan kepada pengeluaran tunai oleh pengguna yang disalurkan kepada syarikat-syarikat dalam industri permainan global dan termasuk jualan perkakasan, cukai dan perkhidmatan online.

Jadi, adakah Malaysia juga termasuk dalam 20 senarai ini?

20 – Switzerland – RM 1.44 bilion

Walaupun Switzerland mempunyai populasi sekurang-kurangnya 8.5 juta orang, tetapi jumlah perbelanjaan dan purata bagi setiap orang menghabiskan duit adalah sebanyak RM 208 untuk permainan video

19 – Sweden – RM 1.63 billion

Sweden merupakan negara di mana terkenal dengan pengeluar permainan indie terbaik dan popular. Tetapi populasi mereka hanya mempunyai penduduk hampir 10 juta orang.

18 – Turki –  RM  1.65 bilion

Ekonomi Turki baru sahaja pulih buat masa ini, negara ini mendapat perhatian untuk kerana melarang Minecraft disebabkan mempunyai unsur menghasut kebencian dan keganasan

Untuk pengetahuan anda, walaupun negara Turki sedang dilanda serangan keganasan baru-baru ini tetapi itu tidak menghalang peminat permainan video untuk mengeluarkan belanja.

17 – Netherlands – RM  1.91 bilion

Tempat lahirnya pasukan The Oranges. Juga dikenali sebagai Belanda atau Holland. Walaupun Netherlands mempunyai populasi penduduk  sekitar 16 juta.  Mereka membelanjakan kurang RM 670 juta sahaja jika dibandingkan dengan populasi penduduk India sehingga 1.25 bilion.

16 – India – RM  2.58 billion

Jika bukan kerana hanya 20% populasi penduduknya yang mempunyai akses untuk permainan video dan internet sudah pasti India berada di tangga teratas kerana kepadatan populasinya yang mencapai 1.25 bilion orang.

15 – Taiwan – RM  2.84 bilion

Tahukah anda, Taiwan menggunakan nama Chinese Taipei pada acara sukan antarabangsa kerana telah ditetapkan oleh China.

Walaupun Taiwan adalah negara kecil di timur China dan masih dalam proses untuk merdeka sepenuhnya dari China tetapi merea mempunyai ekonomi yang kukuh dengan hiburan seperti Korea selatan dan Jepun.

Di sana permainan video adalah seperti nyawa mereka.

14 – Mexico – RM  4.42 bilion

Daripada mereka mengeluarkan belanja untuk permainan video, lebih baik mereka bekerjasama dengan Presiden US, Donald Trump untuk membina tembok untuk pendatang haram Mexico.

Negara Latin ini menghabiskan sebanyak RM  4.42 bilion setahun untuk permainan video. OMG

13 – Australia – RM  5.04 bilion

Kami suka wallabies. Kami suka koala. Kami suka didgeridoo.

Walaupun Australia mempunyai undang-undang yang ketat untuk permainan video kerana dikhuatiri akan mempengaruhi penduduknya, tetapi dengan jumlah penduduk hampir 23 juta orang, negara ‘di bawah sana’ ini membelanjakan duit untuk permainan video sehibgga RM 5.04 bilion.

Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di sana, adakah anda termasuk dalam statistik ini?

12 – Russia – RM  5.04 bilion

Untuk ibunda Russia! Tahukah anda tanah ajaib seperti Rusia ini yang membangunkan CS GO. Tanpa Rusia tiadalah CS GO

Tahukah anda, lagu popular Mi Mi Mi adalah nyanyian kumpulan Rusia Serebro?

 

11 – Brazil – RM  5.93 bilion 

Walaupun nama negara kelahiran Neymar ini agak kelakar namun Brazil antara negara kelima terbesar di dunia. Brazil adalah salah satu negara yang sedang membangunkan permainan video mereka sendiri dan mereka semakin hari semakin meningkat naik.

10 – Sepanyol – RM  6.59 bilion

Negara Sepanyol mempunyai banyak tajuk permainan video yang berjaya dibangunkan dan dipasarkan di seluruh dunia. Tetapi masih tidak boleh menandingi negara dibawah kerana tidak ramai penduduknya yang bermain permainan video.

9 – Italy – RM  6.63 bilion 

Negara pengeluar kepada jenama Ferrari, Lamboghini, Maserati, Ducati dan banyak lagi ini hanya RM 100 juta dihadapan Sepanyol.

Negara ini sangat menyukai kereta dan tidak hairan jika permainan bergenrekan perlumbaan sangat terkenal di Itali.

Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang orang geli? Eee tali.. erhmm

8 – Kanada – RM  7.52 bilion 

Negara Kanada amat popular dengan promosi untuk menarik imigran sebagai penduduk tetap di sana.

Purata penduduk Kanada menghabiskan duit untuk permainan video adalah sebanyak RM 238.98 untuk seorang.

7 – Perancis  – RM  11.50 bilion

Cuba teka pengeluar terkenal permainan Ubisoft datang dari negara mana? Ya anda betul, Perancis. 

6 – Korea – RM  14.86 bilion

Nobody nobody but chu!

Korea adalah negara terbaik bagi e-sukan dan muzik kpop.

5 – United Kingdom – RM  15.17 bilion

Walaupun populasi Perancis dan UK hampir sama. Tetapi UK berada dihadapan Perancis dengan kelebihan RM 3.67 bilion.

Jika USA diterjemah kepada Bahasa Melayu menjadi Amerika Syarikat. Bagaimana pula dengan UK?

4 – Jerman – RM 15.17 bilion 

Negara yang pernah popular dengan lambang Swastika ini berkongsi tempat bersama UK iaitu membelanjakan sebanyak RM  15.17 bilion setiap tahun

3 – Jepun – RM 53.99 bilion 

Jepun adalah antara negara perintis untuk permainan video ini dan mempunyai jenama besar sendiri seperti Nintendo , Capcom dan Konami.

2 – China – RM  79.21 bilion

China bukan suatu negara yang boleh dipandang enteng kini. Tiada lagi kata-kata seperti “Eleh barang hang lokal mai dari China tapi aku punya ori import mai dari Amerika”

China antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dalam dunia dan negara kedua yang mempunyai ekonomi yang paling kukuh di dunia.

Purata bagi seseorang untuk membelanjakan wang untuk permainan video adalah sebanyak RM203.57

1 – Amerika Syarikat – RM  90.72 bilion

Negara yang kini ditadbir oleh taikun perniagaan, Donald Trump ini berada di tangga teratas bagi membelanjakan duit untuk permainan video.

Tidak hairan juga kerana kebanyakan penduduk di AS suka menghabiskan masa dengan permainan video dan sudah seperti perkara normal bagi mereka.

Kesimpulan

Malaysia mana Malaysia?
sumber : newzoo

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.