Berita

20 Permainan Paling Banyak Terjual Di PSN US Untuk Jun 2017

playstation-network-top-20-games
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony telah mengeluarkan permainan bulanan terlaris di PlayStation Store. Senarai penjualan paling terbanyak di PS4 pada bulan Jun diterajui oleh Friday the 13th: The Game.

Ini mungkin sesuatu yang agak mengejutkan; Friday the 13th telah dikeluarkan pada akhir bulan Mei, yang bermaksud penjualan hari pelancarannya tidak akan memberi sumbangan pada carta bulan Jun.

friday-the-13th

Permainan ini juga mengalami masalah teknikal yang serius selepas pelancarannya, tetapi masih mendapat sambutan yang menggalakkan dengan tawaran mod multiplayer dan DLC percuma yang ditawarkan sebagai permintaan maaf mungkin satu langkah pemasaran yang mendorong penjualan permainan ini.

Dari segi penjualan DLC pula, Call of Duty: Black Ops III’s Zombies Chronicles berada di tempat teratas, diikuti oleh Diablo III’s Rise of the Necromancer and Final Fantasy XIV’s Stormblood.

Bagi Carta PS3 dan Vita pula, FIFA 17 berada di tempat teratas untuk PS3, manakala penjualan terbaik Vita adalah God of War Collection.

Berikut adalah senarai penjualan terbaik permainan PS4 di PSN US mengikuti turutan; 

  1. Friday the 13th: The Game
  2. Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  3. Middle-earth: Shadow of Mordor – Game of the Year Edition
  4. Grand Theft Auto V
  5. God of War III Remastered
  6. Battlefield 1
  7. Horizon Zero Dawn
  8. Tekken 7
  9. Minecraft
  10. Rocket League
  11. FIFA 17
  12. NHL 17
  13. Uncharted 4: A Thief’s End
  14. Need for Speed
  15. Injustice 2
  16. Dying Light: The Following – Enhanced Edition
  17. Ratchet & Clank
  18. Payday 2: Crimewave Edition
  19. Overwatch Game of the Year Edition
  20. Star Wars Battlefront

Berikut adalah senarai penjualan terbaik DLC PS4 di PSN US mengikuti turutan; 

  1. Call of Duty Black Ops III: Zombies Chronicles
  2. Diablo III: Rise of the Necromancer
  3. Final Fantasy XIV: Stormblood
  4. The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited – ESO Plus
  5. Black Ops III – The Giant Zombies Map
  6. Injustice 2 Darkseid
  7. Battlefield 1 Premium Pass
  8. Minecraft: PlayStation 4 Edition Adventure Time Mash-up
  9. Injustice 2 Ultimate Pack
  10. Injustice 2 Fighter Pack 1

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.