Ulasan

2DARK : Permainan Seram, Ganas dan Menjengkelkan.

Diolah oleh Along Naz

Permainan ini diarahkan oleh Frederick Raynal, pencipta permainan Alone in the Dark dan merupakan perintis kepada permainan bergenre survival- horror.

Tidak dapat disangkal lagi permainan ini menyediakan satu dimensi berbeza dengan sebuah penceritaan yang mendebarkan. Kejantanan dan kepintaran anda amat diperlukan dalam permainan untuk melepasi benteng-benteng kekejaman Gloomwood.

Image result for 2dark

Anda juga perlu membuat penyiasatan untuk mendedahkan rahsia yang tersembunyi dan menghukum orang ‘psycopath’ yang terlibat dalam jenayah tersebut. Kemudian anda perlu menyelamatkan kumpulan kanak-kanak dan membawa mereka ke tempat yang selamat.

Permainan ini memberikan anda pengalaman dalam dua versi. Pada satu versi kita akan disajikan permainan yang seronok tetapi mencemaskan jiwa dan raga manakala untuk versi yang satu lagi, kebanyakkan pemain mungkin agak kecewa sedikit, kerana misi yang dijalankan adalah misi menjaga kanak- kanak yang mana apa sahaja yang berlaku bakal mengundang padah.

Image result for 2dark

Namun secara keseluruhan, inilah pengalaman yang sepatutnya penggemar genre horror-survival tidak lepaskan.

Ya, beri peluang kepada diri anda untuk bermain permainan yang luar daripada arus semasa ini.

Tarikh pelancaran: 10 Mac 2017

Genre :Pengembaraan

Pengeluar : Gloomywood

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.