Tips

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Playstation 3 Berbanding Xbox 360

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Playstation 3 atau XBOX 360?

Jika anda sedang mencari untuk permainan konsol bajet dan mempunyai pelbagai tajuk permainan yang banyak anda boleh membeli sama ada Xbox 360 atau PlayStation 3.

Pada konsol masing-masing ada mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Disenaraikan tips dibawah untuk anda timbang tara sebelum anda membuat keputusan samada ingin memiliki PS3 atau Xbox 360

1 -Permainan Eksklusif

Image result for ps3 vs xbox 360 exclusives

Sama seperti dengan konsol generasi semasa, terdapat banyak permainan untuk Xbox 360 dan PlayStation. Keduanya mempunyai permainan yang eksklusif pada kedua-dua platform.

Xbox dengan siri Halo, dan PS3 dengan siri Uncharted.

Halo 4 merupakan terakhir yang dikeluarkan untuk Xbox 360 antara permaianan yang terbaik orang pertama penembak sepanjang zaman.

PS3 pula mempunyai tajuk permainan eksklusif seperti Infamous dan Little Big Planet. Tidak lupa kepada Uncharted yang banyak memenangi anugerah permainan dan baru-baru ini permainan Persona 5 telah dimasukkan dalam carta 3 teratas mengikut Metacritic.

Yang pastinya terdapat banyak permainan untuk dicuba, lebih daripada 1,000 permainan PS3 dikeluarkan pada cakera sahaja, dan lebih daripada 200 permainan ekslusif  untuk dimainkan pada konsol Playstation 3 ini.

2 – Perkakasan dan Barangan Ganti

Image result for ps3 vs xbox 360 hardware

Untuk pengetahuan anda PS3 keluar setahun selepas Xbox 360.

PS3 mempunyai lebih banyak masa untuk diujikaji di makmal rekabentuk Sony sebelum dilancarkan, dan mempunyai perkakasan yang lebih baik akibat dari penyelidikan yang lama.

Barang ganti PS3 juga mudah didapati memandangkan penduduk Malaysia lebih banyak memiliki barangan daripada Sony ini berbanding dengan Microsoft.

3 – Permainan Atas Talian

Image result for ps3 vs xbox 360

Permainan atas talian secara pemain berbilang ini merupakan satu isu besar apabila dimainkan pada kedua-dua konsol ini kerana keduanya konsol ini sama hebat untuk generasi terkini

Anda masih boleh bermain atas talian samada pada konsol Xbox 360 atau PS3.

Dalam hal ini, PS3 mempunyai kelebihan: anda boleh bermain atas talian tanpa akaun PlayStation Plus. Tetapi untuk Xbox 360, anda terpaksa melanggan Xbox Live Gold untuk 360, sama seperti Xbox One.

Tuntasan

Andai kami diberi pilihan untuk memilih antara dua konsol ini kami akan memberi kelebihan untuk PS3 dalam cadangan kami di sini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.