Tips

5 Aksesori PS4 – Bahagian 1: Penambah keseronokan bermain PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Walaupun anda berpuas hati dan cukup gembira dengan keseronokan memiliki PlayStation 4 yang baru keluar dari kotak. Tetapi anda masih lagi berpeluang untuk menambah keseronokan anda itu ke tahap yang lebih maksima.

Apa yang kami maksudkan adalah mengenai aksesori tambahan yang boleh menjadi pilihan anda.

Logitech Driving Force G29 (RM1,438.00)

Ciri-ciri: Padel penukaran gear di belakang stereng, 24-kedudukan dail pelarasan, gegaran tindak balas, cengkaman getah lembut, penunjuk status LED , putaran stereng 900 darjah, pedal kaki Auto-calibre, permaidani pedal kaki yang mencengkam di lantai

Sama ada anda merancang untuk berlumba dalam permainan Driveclub dan Cars Project atau mengambil bahagian perlumbaan trek tanah dalam WRC 6, stereng roda yang teguh adalah satu kemestian untuk mendapatkan pemanduan yang terbaik.

Ia mempunyai mekanik tindak balas yang mengagumkan dan stereng roda yang realistik, yang akan membuat anda seperti ingin memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan anda seolah-olah anda membawa kereta berkuasa tinggi di dunia realiti.

Sesuai dengan PS4 dan PC, papan 3-pedal G29 dibuat dengan kualiti yg teguh dan cengkaman ke lantai dengan baik.

Logitech G231 Prodigy (RM 329.00)

Ciri-ciri: 40mm Neodymium speaker drivers, juga berfungsi dengan Xbox One dan PC, kain alat dengar yang boleh di basuh, reka bentuk yang ringan dengan alat dengar boleh pusing, sambungan 3.5m, mikrofon boleh laras ke atas dan kebawah.

Jika anda sedang mencari headset yang minimal tetapi dengan kualiti yang baik, Logitech G231 Prodigy adalah pilihan yang bagus. Logitech G231 dihubungkan ke PS4 anda menggunakan jack 3.5mm dan dilengkapi dengan kawalan dalam talian untuk menukar kadar dan kelantangan bunyian.

G231 Prodigy adalah headset yang sangat selesa – sesuai digunakan untuk bermain dalam jangka masa yang panjang tanpa mengganggu keselesaan telinga anda.

PS Plus subscription (1 Bulan – RM21.00, 3 Bulan – RM43.00, 12 Bulan – RM129.00)

Langganan keahlian Sony (PS Plus), yang boleh dilanggan selama sebulan, tiga bulan, dan setahun, adalah satu-satunya cara anda boleh bermain permainan PS4 atas talian dan akses untuk simpanan data permainan anda di cloud storage. Anda juga berpeluang memiliki permainan percuma setiap bulan.

Pada permulaan setiap bulan, Sony akan memberi anda permainan yang boleh dimuat turun percuma di PS4, PlayStation Vita, PS3 dan permainan itu boleh anda main selagi keahlian PS Plus anda masih aktif.

Dengan dua atau tiga permainan PS4 percuma setiap bulan, serta diskaun tambahan semasa jualan dan promosi. Secara tidak sedar dan tidak langsung, yuran keahlian itu yang sedikit sebanyak membantu bayaran pembelian anda di Playstation Store.

PlayStation Platinum Wireless Headset (RM1334.40)

Terdapat banyak perkara baik tentang PlayStation Platinum Wireless Headset. Headset ini mempunyai prestasi audio yang seimbang dan bunyi mikrofon yang baik. Terdapat juga sokongan Teknologi Audio 3D yang boleh menghasilkan bunyian yang datang dari pelbagai arah.

Jika anda sedang mencari headset yang anda boleh pakai tanpa sebarang setup dan mudah digunakan, ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

PlayStation VR Bundle (RM2216.80 – tukaran terus dari USD)

PlayStation VR perlu berada dalam senarai pilihan anda jika anda cukup berminat dengan realiti maya. Ia satu-satunya alat realiti maya yang sesuai dengan permainan konsol untuk masa akan datang dan ia juga kelihatan hebat. Selesa dan benar-benar mengagumkan.

Walaupun dengan risiko yang boleh membuatkan anda mabuk dan pening dan juga kos tambahan, mungkin aksesori ini bukan untuk semua. Namun, dengan permainan seperti RIGS, EVE Valkyrie, Rez Infinite, dan banyak lagi. Ia boleh memberikan anda satu pengalaman baru dalam dunia permainan video.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.