Tips

MASALAH TEKNIKAL PS4 DAN CARA MENGATASINYA – BHGN 2

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Baru-baru ini kami telah mengeluarkan 5 masalah teknikal PS4 dan cara mengatasinya, dan nampaknya artikel tersebut telah mendapat sambutan hangat dari pembaca. Terima kasih.

Oleh kerana pembacaan itu penting untuk mewujudkan jati diri seseorang khususnya pemain konsol, maka kami sediakan bacaan sambungan bahagian ke-2. Jika anda ada berhadapan dengan masalah seperti di bawah kami ucapkan selamat mencuba dan selamat berjaya!

1 – Membetulkan Masalah Pengawal PS4, DualShock4

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki isu tiada getaran yang terhasil, adalah untuk menetapkan semula, reset pengawal. Gunakan klip kertas atau barang serupa untuk menolak lubang kecil di belakang pengawal PS4 berdekatan butang L2.

Sekarang, anda perlu menarik nafas sedalamnya dan tekan butang dalam beberapa saat untuk menetapkan semula. Selepas melepaskan nafas tadi, masukkan kabel USB pengawal PS4 dan masalah getaran anda akan selesai.

Selain itu, jika anda mempunyai masalah kayu analog, analog stick dengan getah diselilingnya mulai pudar anda boleh menghubungi Sony untuk penggantian — Atau anda boleh dapatkan pelindung kayu analog di kedai permainan berdekatan anda.

Untuk melaporkan kepada Sony untuk penggantian, Sony mengambil kira-kira sebulan untuk menggantikan dengan pengawal baru dan anda perlu membayar sejumlah wang. Lebih baik pakai pelindung kayu analog. Sediakan payung sebelum hujan.

2 – Permainan PS4 Membeku, Freezing

Sesetengah pemain ada melaporkan permainan PS4 membeku semasa bermain. Ini boleh membawa kepada kehilangan pencapaian dan lebih teruk lagi trofi!

Masalah ini berlaku tetapi tidak kerap. Terdapat dua perkara utama pengguna perlu lakukan jika ini berlaku :

a. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah mengemaskini perisian PS4. Sony membuat mengemaskini berkala untuk perisian baru PS4 bagi membetulkan peranti dan isu-isu prestasi PS4. Hal ini boleh menyebabkan permainan PS4 membeku.

b. Jika permainan PS4 membeku semasa bermain untuk tempoh lama sila pastikan konsol anda tidak terlalu panas. Melainkan jika anda membawa konsol anda ke pusat karaoke tertutup dengan penghawa dingin maka ianya tidak sepatutnya menjadi masalah kepanasan.

Jika hal ini berlaku anda perlu memindahkan PS4 ke ruang yang lebih terbuka dan sejuk untuk mengelakkan pembekuan semasa sesi permainan yang lama. Atau anda boleh lihat senarai tapak penyejuk bagi PS4 kesayangan anda di sini.

Bagi pemain yang tidak boleh memperbaiki masalah ini, macam biasa Sony Support adalah destinasi seterusnya. Jangan risau selagi PS4 anda berusia hanya beberapa bulan, jadi kalau terjadi apa-apa isu-isu selagi tidak disebabkan oleh penyalahgunaan atau kemalangan masih boleh dilindungi di bawah waranti yang disertakan.

3 – Masalah Skrin Berjalur Pada PS4

Amaran, langkah-langkah yang dicadangkan ini bukan pada semua orang akan menjadi. Tetapi ianya adalah suatu langkah yang penting untuk membetulkan semula PS4 skrin anda.

Gantikan kabel HDMI dengan kabel yang baru untuk menyambung ke HDTV anda, dan jika boleh cuba sambungan port HDMI yang berbeza.

Kami telah mendengar banyak kejayaan daripada orang yang menetapkan output video PS4 ke 720p, tetapi itu adalah tidak optimum. Kabel HDMI yang baru tidak menyelesaikan masalah anda, tetapi sekurang-kurangnya boleh membantu anda

4 – Membaiki Masalah Berulang Pada PS4

Jika anda mempunyai masalah berulang PS4 ini dan anda tidak boleh menetapkan atau menggunakan langkah-langkah di atas, anda boleh cuba pilihan berikut.

Menghidupkan PS4 anda sepenuhnya selama satu minit, cabut plug dan kemudian buka semula. Jika itu tidak berhasil, anda boleh cuba untuk mengemas kini perisian PS4 anda. Ini mungkin termasuk perbaikan untuk masalah anda.

Cuba reboot PS4 anda ke dalam mod selamat untuk menyelesaikan masalah. Tekan butang kuasa untuk kira-kira lapan saat sehingga PS4 berbunyi bip dua kali. Sambungkan pengawal dengan kabel USB mikro dan kemudian tekan butang PlayStation pada pengawal.

Satu pilihan terakhir untuk cuba adalah untuk menetapkan semula mengikut tetapan kilang PS4 anda. Anda boleh melakukan ini dalam mod selamat atau dalam mod normal. Caranya adalah pergi pada Tetapan -> Pengawalan – Simpan semula Tetapan Kilang.

Ini akan menghapuskan semua data dan haruslah diingat anda tidak boleh membatalkan selepas setuju untuk melakukannya.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.