Pilihan Kami Tips

5 Masalah Teknikal PS4 Dan Cara Mengatasinya

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Baru-baru ini pemilik Sony PS4 Sony memerlukan kemaskini perisian 4.50, namun begitu walaupun perisian masih dalam tahap terkini kerosakan pada perkakasan tidak dapat dielakkan.

 

Bahkan kami  juga terkena salah satu daripada masalah ini ketika cuba untuk bermain Assassin’s Creed.

Semua perkakasan daripada pengeluar mempunyai masalah, termasuk juga Nintendo Switch

Berikut adalah cara untuk memperbetulkan PS4 sekiranya anda berhadapan dengan masalah ini.

1 – PS4 Dimatikan Secara Tiba-tiba

Masalah PS4 paling biasa kita lihat adalah bahawa PS4 dimatikan secara tiba-tiba apabila pemain menggunakan konsol. Masalah ini muncul apabila konsol tidak dapat dihidupkan apabila pemilik menolak punat kuasa.

Jika masalah PS4 ini terjadi, seperti lampu biru berkelip atau merah pada konsol bukannya cahaya putih. Sony menawarkan pembaikan secepat mungkin untuk masalah PS4 ini termasuk mendapatkan gantian secara percuma.

Tetapi jika anda mempunyai masalah ini, anda sepatutnya.

  • Periksa kabel HDMI
  • Periksa cakera keras
  • Pastikan kipas PS4 anda berfungsi
  • Kalau masih berlaku anda perlu hubungi terus pihak Sony

2 -Cakera PS4 tidak boleh dibaca

Jika anda meletakkan cakera di dalam dan PS4 anda tidak dapat membacanya, anda boleh mengikut nasihat yang ini.

Pastikan cakera dikeluarkan (jika ia dapat dikeluarkan) dan kemudian pastikan PS4 sepenuhnya off.

Anda perlu memastikan bahawa ia tidak hanya dalam mod sleep. Selepas anda mematikannya tunggu satu minit dan hidupkannya semula.

Jika ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda boleh menutupnya dan cabut plagnya selama satu minit.

Jika kedua-dua penyelesaian gagal, anda perlu menghubungi Sony untuk dibaiki.

3 -Masalah Eject PS4 

Apabila anda cuma memasukkan cakera ke dalam PS4 tetapi konsol sentiasa mengeluarkan cakera semula, terdapat satu penyelesaian yang mudah.

Anda tidak keseorangan, bahkan kami juga terkena masalah ini ketika cuba untuk bermain Assassin’s Creed.

Berikut adalah cara untuk memperbetulkan PS4 yang sentiasa cuba untuk mengeluarkan cakera walaupun tiada cakera lain di dalam PS4.

Cabut semua wayar dari PS4 anda. Ini termasuk HDMI, audio dan kuasa. Sekarang, tarik nafas sedalamnya dan bilang sehingga 10 saat dan kemudian tekan butang kuasa sehingga PS4 menyala untuk setengah saat.

Selepas itu, tarik nafas sekali lagi dan kira hingga 5 saat dan pasang palam PS4 kembali dan anda akan kembali kepada permainan.

Walaupun ianya tidak kerap berlaku tetapi mungkin akan terjadi pada seseorang dan caranya tidak sampai seminit untuk menyelesaikan masalah.

4 – Betulkan Masalah Audio & Video PS4  

Satu lagi masalah biasa bagi PS4 berkaitan dengan audio dan video.

Ada pemilik melaporkan aduan audio PS4 hilang, video hilang atau kedua-duanya hilang.

PS4 dihubungkan dengan kabel HDMI dimana ianya membawa audio dan video manakala kabel optik membawa audio sahaja.

Jika pengguna tidak dapat melihat atau mendengar PS4, ia adalah berkemungkinan bahawa sambungan yang dilakukan salah.

Jika anda mengalami masalah PS4 ini, berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil.

  • Pastikan kabel HDMI dalam keadaan baik atau sambungannya dalam keadaan ketat .
  • Membeli kabel HDMI lain
  • Beli HDTV baru, TV anda sekarang dah rosak, hehehe

Jika sistem ini berfungsi pada HDTV baru anda perlu pergi ke Tetapan -> Bunyi dan Skrin -> anda perlu melakukan secara manual untuk menetapkan output video ke TV yang anda ingin gunakan.

Matikan konsol dan buka kembali ke HDTV yang lain dan mula bermain.

5 – Masalah PSN

Jika anda mempunyai masalah menyambung ke PSN untuk bermain permainan, membeli permainan atau berhubung dengan rakan-rakan anda mungkin perlu membaiki sistem internet rumah anda

Kami mengesyorkan menggunakan sambungan berwayar jika boleh, tetapi jika itu tidak boleh dilaksanakan, anda boleh cuba reset semula router dan modem untuk menyelesaikan masalah anda.

Jika anda telah ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.