Pilihan Kami Ulasan

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 1

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan video seram semakin mendapat tempat di kalangan para pemain permainan video sejak akhir-akhir ini.

Playstation 4, khususnya,mempunyai banyak pilihan permainan seram untuk dipilih. Oleh itu, di sini kami senaraikan lima permainan seram pilihan kami.

1. Outlast

Permainan pengembaraan bercirikan first-person. Anda akan bermain sebagai wartawan yang terperangkap dalam hospital psikiatri yang telah dikosongkan dan ditinggalkan.

Sebagai wartawan anda perlu menyiasat hospital psikiatri ini yang dipenuhi pelbagai rahsia yang mengerikan dan juga mayat yang bergelimpangan.

Tetapi apa yang akan membuat anda tidak dapat berasa selesa sepanjang bermain permainan video ini adalah kerana kejutan-kejutan seram yang tidak henti-henti.

Tidak ada pertempuran sebenar di dalam permainan ini. Anda akan banyak berjalan, berlari dan bersembunyi. Suasana yang menyeramkan ini dihidupkan lagi dengan Camcoder Night Vision yang akan anda gunakan di dalam permainan ini.

2. Until Dawn

Lakonan suara, skrip dan pemerhatian terperinci pengeluar permainan video ini membuatkan permainan ini menarik dan interaktif. Anda yang akan menentukan hala tuju pengembaraan anda di dalam permainan ini.

Anda ditugaskan untuk mengawal sekumpulan remaja untuk melalui satu malam yang sangat panjang dan menakutkan di sebuah tempat percutian di kawasan pergunungan.

Sepanjang permainan, anda perlu mengawal pelbagai watak dan jugak perlu membuat banyak keputusan. Keputusan anda secara tidak langsung akan mempunyai kesan ke atas jalan cerita yang anda mainkan.

Siapa yang mati atau hidup juga bergantung kepada keputusan anda.

3. Soma

Gabungan sains fiksyen dan seram, di dalam permainan ini anda akan terjaga di sebuah fasiliti yang telah ditinggalkan. Ianya kelihatan seperti fasiliti yang berada di bawah air dan juga kelihatan serpihan-serpihan robot berselerak di serata tempat.

Di dalam permainan ini anda akan berjumpa dengan makhluk yang menakutkan dan senjata utama anda adalah dengan bersembunyi.

Soma penuh dengan unsur-unsur yang mungkin tidak akan membuat anda terkejut tetapi pastinya akan membuat anda berasa tidak selesa. Permainan video ini boleh dikategorikan sebagai ‘psikologi seram’.

Apa yang pasti selepas anda bermain permainan ini ianya akan membuat anda terbayang-bayang dan terfikir-fikir visual ūdan idea-idea seram yang ditinggalkan dalam permainan ini.

Anda akan bermain sebagai seorang pelukis yang terlalu taksub untuk menyelesaikan karya lukisan anda. Tidak seperti permainan video seram lain.

Anda akan mengalami halusinasi dan imbasan yang menakutkan dan secara tidak sedar ia sebenarnya sedang memberitahu maklumat tentang masa silam anda sebagai pelukis.

Permainan ini tidak mempunyai elemen berlawan atau bersembunyi dari makhluk yang menakutkan. Sebaliknya anda akan “bertarung” dengan minda anda sendiri, menyelesaikan misteri untuk mengenali diri anda sebagai pelukis itu.

Kisah di sebalik lukisan itu sudah cukup untuk membuat bulu roma anda meremang.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.