Imbasan Pilihan Kami

5 Permainan Yang Banyak Adegan Mengejutkan

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Permainan seram semakin mendapat tempat di kalangan para pemain permainan video beberapa tahun kebelakangan ini.

Di pasaran, permainan video sudah mempunyai banyak pilihan permainan seram untuk dipilih. Oleh itu, di sini kami senaraikan lima imbasan permainan yang pasti akan membuatkan anda terkejut dengan adegan-adegan seramnya.

Alien Isolation

Alien Isolation permainan yang dimainkan di dalam kapal angkasa di luar atmosfera bumi. Di dalam kapal angkasa tersebut bagaikan seperti rumah hantu di bumi. Kebanyakan lokasi di dalam permainan ini adalah dalam keadaan gelap.

Semasa anda dalam usaha untuk menyelesaikan misi anda, anda hanya akan mendengar bunyian angin dan merasai seperti ada yang mengintip anda.

Di dalam suasana gelap yang hanya diterangi cahaya samar-samar membuatkan anda sukar untuk mengesan kelibat Xeno. Apa yang pasti anda akan mendapat kejutan dari Xeno.

*Xeno merupakan makhluk asing yang wujud di dalam permainan ini.

Outlast

Permainan pengembaraan bercirikan first-person. Anda akan bermain sebagai wartawan yang terperangkap dalam hospital psikiatri yang telah dikosongkan dan ditinggalkan.

Sebagai wartawan anda perlu menyiasat hospital psikiatri ini yang dipenuhi pelbagai rahsia yang mengerikan dan juga mayat yang bergelimpangan.

Tetapi apa yang akan membuat anda tidak dapat berasa selesa sepanjang bermain permainan video ini adalah kerana kejutan-kejutan seram yang tidak henti-henti.

Tidak ada pertempuran sebenar di dalam permainan ini. Anda akan banyak berjalan, berlari dan bersembunyi. Suasana yang menyeramkan ini dihidupkan lagi dengan Camcoder Night Vision yang akan anda gunakan di dalam permainan ini.

Until Dawn: Rush of Blood

Lakonan suara, skrip dan pemerhatian terperinci pengeluar permainan video ini membuatkan permainan ini menarik dan interaktif. Anda yang akan menentukan hala tuju pengembaraan anda di dalam permainan ini.

Anda ditugaskan untuk mengawal sekumpulan remaja untuk melalui satu malam yang sangat panjang dan menakutkan di sebuah tempat percutian di kawasan pergunungan.

Sepanjang permainan, anda perlu mengawal pelbagai watak dan jugak perlu membuat banyak keputusan. Keputusan anda secara tidak langsung akan mempunyai kesan ke atas jalan cerita yang anda mainkan.

Siapa yang mati atau hidup juga bergantung kepada keputusan anda.

Dead space

Permainan ini dimainkan di dalam kapal angkasa sama seperti Alien Isolation. Tetapi Isaac perlu melawan mayat yang bermutasi atau Necromoprhs.

Necromoprhs ini ada dimana-mana sahaja sehinggakan sukar untuk bergerak.

Bagi kami babak yang agak mengganggu kewarasan adalah apabila seorang kawan Isaac menolongnya untuk membuka ikatan bajunya tetapi dia berputus asa lalu membunuh diri.

Among The Sleep

Kita semua pasti pernah mengalaminya sewaktu kita masih kecil. Mendengar bunyi benjolan di siling atau di dinding pada waktu malam dan secara semulajadi menganggapnya ia adalah raksasa, makhluk asing, hantu atau gabungan ketiga-tiganya.

Di dalam permainan Among the Sleep, anda akan bermain watak kanak-kanak yang kerap terjaga dari tidur di tengah malam dan mahu pergi ke bilik tidur ibu bapa anda.

Seperti yang anda boleh bayangkan, sebagai seorang kanak-kanak dan melihat dunia dari perspektif budak kecil membuat bunyi-bunyi benjolan pada waktu malam lebih menakutkan.

Di sepanjang permainan ini, kami yakin anda akan kagum dengan betapa menyeramkan untuk berhadapan dengan situasi ini sebagai kanak-kanak kecil sekali lagi.

Rumusan

Inilah 5 imbasan permainan yang penuh dengan adegan mengejutkan. Pelbagai pilihan permainan lain lagi yang boleh anda cuba seperti Resident Evil, Silent Hill, The Evil Within, Soma dan pelbagai lagi.

Jika anda fikir ada sesuatu yang kami telah terlepas atau anda mempunyai pilihan tajuk permainan video yang penuh adegan mengejutkan sila maklumkan kepada kami di dalam ruangan komen.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.