Ulasan

5 Permainan Yang Mempunyai Masalah Tetapi Akhirnya Menjadi Lebih Hebat Dari Sebelumnya

Diolah oleh hang92

Walaupun usaha yang terbaik ditunjukkan oleh pengeluar permainan, ada beberapa masalah terus melanda untuk pengguna PC, PS4 dan Xbox One.

Malah ada pengeluar yang sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk membaiki permainan yang rosak akibat pepijat dan kadang-kadang kos sesuatu permainan itu seperti membikin filem Hollywood.

Ianya semua dilakukan untuk menonjolkan kehebatan permainan kepada para pengguna di dunia.

Setiap satu daripada permainan seperti senarai di bawah mempunyai masalah masing-masing yang kami rasakan agak kurang menyenangkan tetapi setelah bermain permainan ini selepas pembaikian, hati kami telah berubah sepenuhnya dan mula menyukai permainan tersebut.

1 – Battlefield 4

Dikeluarkan pada tahun 2013 untuk PS4, Xbox One, dan PC

Untuk beberapa bulan pertama berikut pelancaran pada bulan Oktober 2013, banyak isu dan masalah timbul di setiap platform. Walau bagaimanapun, DICE mula membaiki sistem dalam Battlefield 4 dan kembali mengembangkan sayap mereka tanpa menoleh belakang.

2 – The Witcher 3 : Wild Hunt

Dikeluarkan pada tahun 2015 untuk PS4, Xbox One, dan PC

Tidak seperti beberapa tajuk lain dalam senarai ini, The Witcher 3 sudah menjadi karya yang hebat sejak hari pertama dilepaskan.

Namun permainan ini berhadapan dengan beberapa masalah pada bulan pertama pelancaran seperti kehilangan ikon penjual, muzik yang tidak berhenti dimainkan, masalah untuk menunggang kuda, pelbagai bentuk pepijat dan lain-lain lagi.

Malah ada yang mengatakan, beberapa masalah ini membuatkan permainan ini tidak dapat dimainkan langsung.

CD Projekt Red prihatin terhadap isu ini, dan mula membaiki masalah ini dengan menyediakan patch untuk permainan. Dan mereka berjaya!

Tetapi CD Projekt Red tidak berhenti di situ malah turut melancarkan dua sambungan permainan, Hearts of Stone dan Blood and Wine.

Jangan kita lupa bahawa CD Projekt Red juga meberikan sebanyak sepuluh DLC percuma yang boleh dimuat turun semasa beberapa bulan pertama The Witcher 3 dilancarkan. The Witcher 3 : Wild Hunt berjaya menetapkan standard tinggi yang baru untuk pek sambungan yang ditawarkan oleh mereka.

3 – Rainbow Six : Siege

Dikeluarkan pada tahun 2015 untuk PS4, Xbox One, dan PC

Pada tahun ini,  ada lagi pemain dan komuniti permainan ini masih lagi setia kepada permainan ini. Ini tidak dapat kami nafikan kerana permainan ini sangat hebat terutama pada mod pemain berbilang permainan ini.

Pada tahun 2015, Ubisoft menubuhkan sebuah pasukan yang berdedikasi seramai 80 orang dengan tugas mendengar maklum balas pemain, pemantauan data permainan dan menawarkan cadangan tentang bagaimana untuk memperbaiki pengalaman bermain.

Hasilnya, Siege terus menjadi lebih baik, dan pendekatan khusus Ubisoft ini harus dipuji serta telah jelas berhasil dalam jangka masa panjang.

4 – Grand Theft Auto 5

Dikeluarkan pada tahun 2013 di PS3 dan Xbox 360. Kini boleh didapati di PS4, Xbox One, dan PC

Ada sebab GTA5 terus menjadi salah satu daripada tajuk permainan yang paling laris pada konsol untuk hari ini, dan rahsia kejayaan terletak pada kuasa permainan ini yang sentiasa memberi lebih pengalaman kepada pengguna.

Namun, selancar mana permainan tersebut pasti akan disulami oleh beberapa masalah. Masalah seperti isu prestasi (kelancaran permainan), masalah bil api dan air yang tidak selari dengan penggunaan, dan lebih teruk lagi tidak boleh bermain secara atas talian!

Selepas timbul beberapa masalah ini, Rockstar tampil memberikan alasan iaitu ada beberapa kumpulan penggodam PoodleCorp telah menyebabkan masalah ini berlaku.

Tidak lama selepas itu, Rockstar kembali pulih dan mula melancarkan permainan ini pada platform lain pula seperti PC, Xbox One dan PS4 dan menambah lagi pengalaman kepada pemain.

Seperti contoh, Grand Theft Auto 5 pada PC, Xbox One dan PS4 membenarkan mod orang pertama permainan diubah mengikut citarasa pemain, ada juga penambahan lain seperti pelbagai jenis tambahan baru pada grafik dimana ianya dilakukan pada setiap jalan dan lorong di Los Santos.

5 – Final Fantasy 14

Dikeluarkan pada tahun 2010 pada PC. Kini boleh didapati di PS4 dan PC

Apabila Final Fantasy 14 Online mebuat debut pada tahun 2010, permainan ini dipenuhi pepijat yang tidak diinginkan, permainan menjadi berulang-ulang dan tiada perkembangan teknikal.

Keadaan permainan itu begitu teruk sehingga Square Enix memutuskan untuk menarik semula permainan ini di pasaran. Mereka membina semula keseluruhan permainan dari atas ke bawah semula lalu melancarkan semula sebagai Final Fantasy yang bertajuk: A Realm Reborn pada tahun 2013.

Seterusnya, produk akhir mereka sangat menjadi dan mempunyai peningkatan yang besar berbanding sebelumnya, dan A Realm Reborn terus menarik jumlah pemain yang besar di sudut pasaran permainan.

Pembangunan dramatik dan memakan masa yang panjang pada permainan Final Fantasy 14 menceritakan kemunculan semula permainan ini, lengkap dengan bahagian akhir yang hebat iaitu A Realm Reborn.

Kesimpulan

Sebagai industri permainan yang semakin berkembang di dunia kini, para pengeluar mula mengeluarkan sesuatu kandungan permainan yang hebat dan ditambah lagi dengan DLC yang boleh dimuat turun sebagai bonus.

Cuma beberapa masalah tidak dapat dielakkan, bukan semua permainan adalah sempurna. Manusia sendiri tidak sempurna.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.