Ulasan

5 Permainan Yang Menyerupai Permainan Grand Theft Auto

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Ianya sudah hampir empat tahun sejak dilancarkan, dan Grand Theft Auto 5 masih lagi konsisten dalam sepuluh permainan paling laris pada setiap bulan.

Dalam erti kata lain, ramai orang masih lagi bermain dan masih lagi membeli Grand Theft Auto sehingga kini – mengapa pula tidak?

Jika anda sedang mencari sesuatu permainan menyerupai Grand Theft Auto tetapi bukan keluaran Rockstar kerana ingin mengelak sehingga permainan Rockstar yang lain iaitu Red Dead Redemption 2 dilancarkan pada akhir tahun ini, makanya

Tajuk permainan berikut harus anda tahu jika anda ingin bermain permainan ala-ala GTA.

1 – Watch Dogs 2

Platform : Xbox One, PS4

Di dalam permainan Watch Dogs 2 anda bermain sebagai protagonis utama siri ini iaitu Marcus. Ubisoft telah menambah beberapa kenderaan baru seperti skuter, ATV dan terdapat juga RC Jumper dan Quadcopter untuk pemain.

Didalam siri ini juga terdapat mod PVP dan elemen ini diperkenalkan sebagai “Bounty Hunter”. Di dalam permainan ini anda bermain sebagai penggodam dan bernaung dibawah Dedsec.

2 – Yakuza 0

Platform : PS4

Jika GTA dengan suasana bandarnya yang sentiasa hidup, maka samalah seperti Yakuza 0 ini. Di dalam permainan ini, anda boleh bergaduh dengan penuh bergaya dan anda perlu mengalahkan musuh anda untuk mendapatkan duit untuk tujuan tertentu.

Setiap bos atau kumpulan yang anda lawan terdapat ganjaran duit yang berlainan.

3 – Red Dead Redemption

Platform : Xbox 360 ,PS3

Permainan yang telah dikeluarkan pada 7 tahun yang lalu ini merupakan buatan Rockstar antara yang terbaik bagi kami. Pemain boleh bergerak kemana sahaja yang diingini.

Permainan mengisahkan Marston bekas penjenayah yang mencari kehidupan baru tetapi diugut oleh pegawai kerajaan untuk membunuh dan perlu menangkap ahli kumpulan lamanya.

4 – Sleeping Dogs

Platform : Xbox One, PS4

Permainan ini berlatarbelakangkan di bandar di sekitar Hong Kong. Anda akan bermain sebagai Shen seorang anggota polis dari San Francisco yang dipindahkan ke Hong Kong untuk memusnahkan organisasi kongsi gelap.

Di dalam misi, Shen perlu melakukan jenayah untuk mendapat perhatian daripada geng kongsi gelap lain.

Dari segi permainan dunia terbukanya menjadikan ianya hampir sama dengan GTA tetapi terdapat elemen menarik lain yang membuatkan permainan ini agak menyeronokkan untuk dimainkan. 

5 – Lego City Undercover

Platform :WII, Nintendo Switch, Ps4, Xbox One

Jika anak atau adik anda teringin bermain GTA, tetapi anda merasakan ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungannya tidak sesuai untuk mereka, jadi apa kata anda hadiahkan permainan ini.

Bagi kanak-kanak mereka pasti suka untuk mengutip setiap duit yang jatuh dan permainan ini lebih sesuai dengan usia mereka dan permainan ini juga dimainkan dalam dunia terbuka.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Grand Theft Auto : Antara Misi-misi Yang Hebat Di Dalam Permainan Ini

Permainan Video Yang Dihasilkan Daripada Komik

Fast & Furious : Permainan Perlumbaan Yang Seakan Seperti Filem Ini

Antara Pilihan Permainan Dunia Terbuka Yang Terbaik

10 Pilihan Permainan Untuk Wanita #IWD2017

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia