Ulasan

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Bermain Dengan Anthem

Diolah oleh hang92

Anthem baru sahaja diumumkan pada persidangan Microsoft E3 pada 2 minggu lepas, dan ia kelihatan sangat menarik. Anda akan bermain di dunia yang penuh misteri dan berwarna-warni. Dengar khabar, syarikat pembikin permainan Bioware akan memasukkan banyak elemen RPG serta mod permainan kerjasama 2 pemain.

Cumanya, adakah anda turut teruja seperti kami untuk bermain dengan permainan ini? Berikut adalah 5 sebab kenapa anda harus bermain dengan permainan ini;

PERMAINAN ANTHEM SEPERTI PERMAINAN WARFRAME

Bagi mereka yang tidak bermain atau tidak tahu mengenai Warframe, Warframe adalah permainan kerjasama di mana pemain menjalankan misi sebagai robot bercirikan ninja. Anda boleh mengubahsuai robot anda dengan pelbagai jenis aksesori, misi untuk merompak dan mengasah bakat anda. Sama juga seperti permainan Anthem ini, cuma permainan ini dimainkan pada dunia yang penuh warna-warni, berlatarbelakangkan zaman pasca-apokaliptik, anda menyarung baju zirah mekanikal dan bukannya robot, serta berhadapan dengan raksasa yang menakutkan.

Di dalam permainan Warframe, anda bermain dengan menggunakan robot (warframes) yang telah ditinggalkan dari peperangan.

BERMAIN ALA-ALA IRONMAN

Baju zirah mekanikal pada permainan Anthem seolah-olah dapat melakukan semua perkara seperti watak Ironman kepunyaan Tony Stark. Terdapat pelbagai jenis baju zirah yang berbeza, ada yang terlampau berat, ada yang mengeluarkan cahaya, dan ada yang diletakkan senjata lalu dipasang pada bahu. Mungkin kita boleh berharap untuk mendapatkan beberapa senjata atau setaraf dengan Hulkbuster.

LATARBELAKANG YANG MENAKJUBKAN

Kita telah melihat hasil kerja Bioware membikin permainan fantasi seperti Dragon Age, kita juga telah melihat mereka melakukan permainan sci-fi iaitu Mass Effect, kita bahkan melihat mereka merevolusikan RPG dalam permainan fantasi sains iaitu Star Wars, jadi kali in mereka menghasilkan permainan yang mempunyai persekitaran pasca apokaliptik pula.

Di dalam permainan Anthem, mereka seolah-olah telah membuat latarbelakang serupa dengan latarbelakang Horizon: Zero Dawn dimana alam semula jadi seperti pokok-pokok hutan telah banyak menutupi permukaan Bumi, dan manusia hidup di penempatan kecil dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Atau, mungkin ianya bukan bumi seperti yang kita sangka dan rupanya ada planet lain. Mungkin juga ianya bukan pasca apokaliptik? Kami sendiri tidak sabar untuk mengetahui misteri ini.

PERMAINAN TERBARU BIOWARE

Bioware telah menghasilkan permainan Star Wars, Mass Effect dan Dragon Age secara eksklusif selama bertahun-tahun. Kini mereka telah menghasilkan Anthem, sudah tiba masanya untuk kita melihat apa yang telah mereka belajar tentang cara pembuatan dunia epik hanya dengan menggabungkan Dragon Age, Mass Effect dan Star Wars. Kami sangat teruja untuk melihat apa yang Bioware mampu lakukan sekali lagi.

MOD KERJASAMA 2 PEMAIN 

Dalam video treler yang kita lihat, ianya bermula dengan 2 pemain dan kemudian 2 lagi watak turun menyertai ke kancah pertempuran dengan bergaya sekali. Anda samada mempunyai pasangan yang hebat masuk dalam pertempuran atau anda sendiri yang menjadi hebat dan akan membantu rakan-rakan anda.

RUMUSAN

Jadi apa pendapat anda tentang permainan Anthem? Adakah anda teruja bahawa Bioware sedang bekerja untuk menghasilkan permaian terbaru mereka?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.