Pilihan Kami Ulasan

5 Sebab Kenapa Kami Menggilai Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Permainan video mempunyai satu pasaran khas dimana permainan ini memerlukan bajet yang besar, sesetengah permainan adalah sukar untuk menghabiskannya dan biasanya memerlukan pemain untuk meluangkan masa dari 20 hingga 50 jam untuk dihabiskan.

Semua ini mewujudkan cabaran kepada pemain itu sendiri kerana kekurangan rakan-rakan untuk bermain bersama.

Untuk pembikin pula, cabaran adalah termasuk kemasukan kekurangan publisiti melalui media massa, sehingga sukar untuk meluaskan jumlah pengguna.

Menurut persatuan perdagangan industri Entertainment Software Association, purata umur peminat permainan video pada tahun 2013 adalah 30. Pada 2015, 35. Ia boleh dianggap sebagai tanda pengguna setia yang semakin berumur tetapi tidak semestinya pasaran telah dibesarkan.

Walaupun dengan cabaran tersebut, kami masih lagi berminat untuk bermain dengan permainan video, bagi yang masih belum memiliki konsol atau permainan lain, inilah masanya untuk membuat anjakan paradigma daripada bermain permainan di telefon bimbit kepada terus memiliki konsol. Selamat berjaya!

1 – Teknologi

Kita mulakan dengan teknologi yang semakin hari semakin baik. Kualiti permainan video juga semakin meningkat dari tahun ke tahun. 

Banyak permainan telah dihasilkan dengan menggunakan kualiti yang terbaik dan seolah-olah anda berada di  dalam permainan tersebut. PS Vr contohnya.

Baca di sini untuk mengetahui tentang permainan terbaik Playstation VR

Platform yang lebih baik apabila anda main permainan video akan menjadikan anda lebih hebat dan akan menjadikan anda lebih ketagih untuk terus bermain.

2 – Pelbagai Pilihan Permainan

Apabila bertambah pilihan maka lebih banyak pilihan yang kita boleh buat untuk kita main permainan video yang kita minat dan gemar.

Baik dari segi jalan cerita atau grafik, ditambah lagi dengan platform seperti PSVR yang sudah dilancarkan.

Baca di sini untuk mengetahui pilihan permainan untuk tahun 2017

Jadi kita boleh pilih bagaimana cara untuk kita mainkan permainan kegemaran kita

3 – E-Sukan

Apabila kita bercakap tentang e-sukan pasti kita terbayang bermacam-macam pertandingan untuk e-sukan telah diadakan dan hadiahnya sangat lumayan bergantung kepada jenis e-sukan yang dipertandingkan.

Daripada hobi bertukar kepada keghairahan, daripada keghairahan bertukar kepada kerja hakiki. Suatu hari nanti kita boleh bertanding dan masuk mana-mana esukan yang dianjurkan lalu menjadikan kerjaya tetap anda.

Bahkan kini di Korea Selatan sudah ada menawarkan kursus untuk e-sukan di sekolah mereka. Mana tahu suatu e-sukan akan diiktiraf oleh masyarakat dan akan dimasukkan ke dalam acara sukan Olimpik.

4 – VR

Virtual Reality walaupun buat masa kini tidak sebaik yang diharapkan tapi dari semasa ke semasa pasti akan bertambah baik dan penggunaan VR pasti akan menaikkan permainan video kepada satu tahap yang lain.

– Permainan video akan bertambah awesome dengan penggunaan VR 

5 – Youtube

Youtube akan terus berkembang dan semestinya tidak akan pupus dalam beberapa dekad lagi.

Youtube juga kerap mempromosikan tak kira apa sahaja permainan video yang dibangunkan dalam masa yang sama akan menarik minat masyarakat untuk bermain permainan video.

Kesimpulan

Bagi anda yang berasa permainan video ni membuang masa dan eletrik. Jangan terlalu cepat membuat tuduhan kerana minat setiap orang adalah berlainan. 

Mana tahu suatu hari nanti salah sorang dari gamers yang anda kenal dapat mengharumkan nama Malaysia hanya dari kehebatan permainan yang mereka tonjolkan.

Jika anda mempunyai sebarang cadangan,  jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.