Pilihan Kami Ulasan

5 Watak Wanita Yang Kami Dambakan Di Dalam Permainan

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Walaupun hari wanita sudah berlalu lebih sebulan tak salah rasanya jikalau kita tetap menghargai wanita ini pada sepanjang masa.

Wanita di dalam dunia ini terdiri daripada ibu, isteri, kakak, adik perempuan, jiran, rakan sekolah, rakan pejabat dan malah di dalam permainan juga tidak ketinggalan untuk anda berjumpa dengan wanita.

Pendek kata, hampir setiap hari pasti akan bertemu dengan wanita. Kerana tanpa wanita siapalah kita?

Jika di dalam dunia realiti mereka duduk carta teratas di hati kita tapi di dalam dunia permainan video mereka merupakan watak yang paling ramai peminat di dunia.

Maka, hehehe anda minat pada mana satu dibawah?

1 – Aloy

Walaupun baru sahaja memasuki pasaran dunia permainan video, Aloy sudah berada di peringkat teratas dalam pilihan kami.

Permainan ini bukan sahaja mendapat jualan terbaik bagi permainanan video terbaru malah rata-rata peminat memuji permainan dunia terbuka ini.

Jika dilihat dalam permainan ini, Aloy adalah wanita yang disisihkan dari kampungnya sendiri dan keluar mengembara untuk mencari jati diri serta terpaksa berlawan dengan robot dinosaur.

2 – Samus Aran

Atas sebab yang sama dengan Aloy, Samus mendapati dirinya tidak mengamalkan 100% sifat feminism dan perwatakan lembut tidak boleh mentakrifkan sifat beliau.

Apabila permainan Metroid dikeluarkan, pembikin memutuskan bahawa reka bentuk watak ini jelas menampilkan Samus sebagai gender neutral.

Malah, ramai pemain yang permainan ini menganggap Samus adalah seorang lelaki.

3 – Commander Shepard 

Walaupun kebanyakan pemain menikmati permainan trilogi Mass Effect sebagai watak lelaki, ada pemain memilih untuk menjadi Commander Shepard atau lebih dikenali denganl FemShep.

Jika anda bosan dengan Shepard anda juga boleh memilih watak lain seperti Ryder Scott dan Sara. 

4 – Lara Croft​

Image result for lara croft gif

Mungkin antara watak yang paling dikenali antara semua watak-watak permainan perempuan, Lara Croft sememangnya hangat dikatakan.

Permainan ini juga dibuat di dalam bentuk filem kerana kritikan yang diterima amat memberansangkan. Asalnya diilhamkan sebagai lelaki, tetapi pembikin tidak mahu ada persamaan dengan filem Indiana Jones.

Lara akan terus memberi inspirasi kepada generasi pemain akan datang , dengar khabar angin filem Tomb Raider baru akan keluar dan dibintangi oleh Alicia Vikander.

5 – Ellie

Image result for ellie gif

The Last of Us menyebabkan ramai yang ingin tahu apakah ada sambungan siri ini dan apa khabar Ellie.

Walapun Ellie hanya muncul tidak sebanyak Joel tetapi pasti anda tetap mahu melihat dia selepas ini. Adakah pemaju akan menjadikan Ellie sebagai watak protagonis utama untuk siri akan datang? Kita nantikan Last of Us Part II.

6 – Wonder Woman

Image result for gal gadot wonder woman gif

Kami tak sabar nak menyaksikan Gal Gadot dalam filem ini pada masa akan datang.

Rumusan

Walaupun banyak lagi watak wanita lain dalam permainan video seperti Cortana, Faith, Bayonetta, Shell, Clementine, Elena Fisher, Jill Valentine, Princess Zelda, Chun-Li dan sebagainya. Namun nama yang dipetik dalam senarai ini adalah nama paling banyak disebut di bibir pemain.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.