Pilihan Kami Tips

Enam Permainan Konsol Yang Terbaik Untuk Dimainkan Oleh Peminat Anime

Diolah oleh hang92
Menikmati anime kegemaran anda tidak semestinya melalui layar kaca televisyen ataupun PC anda. Sekarang ini permainan di konsol juga banyak bertemakan anime popular yang mana telah diterjemahkan ke dalam bentuk permainan.

Hal ini sudah tentu sangat bagus untuk penggemar anime kerana mereka boleh merasakan sensasi untuk menjadi karakter utama ataupun karakter-karakter lainnya dalam siri anime yang ditonton.

Untuk itu tidak ada salahnya untuk anda mencuba salah satu daripada beberapa permainan yang kami syorkan ini dimana permainan ini adalah berlatarbelakangkan anime.

1. Bleach : Dark Soul

Image result for Bleach : Dark Soul game

Platform : Nintendo DS, PC (Menggunakan Emulator)
Genre : Pertempuran

Permainan ini dilancarkan oleh SEGA pada awal 2007 dan seterusnya muncul siri berikutnya iaitu Bleach: The Blade of Fate. Dalam permainan ini jumlah karakter mengalami penambahan daripada 28 menjadi 40. Karakter ini juga mengalami penambahan jurus baru untuk karakter baru ataupun karakter lama.

2. Pokemon Diamond

Image result for Pokemon Diamond game

Platform : Nintendo DS
Genre : RPG

Lanjutan daripada siri anime Pokemon dengan cogankata “Catch’em All” ini sangat terkenal di kalangan pemilik Nintendo DS. Permainan anime ini mempunyai 107 Pokemon baru dengan grafik yang lebih bagus. Di sini anda boleh menangkap Pokemon pertama dan melatihnya sebelum bertempur dengan pelatih lain.

3. Attack On Titan

Image result for Attack On Titan game

Platform : PS 3, PS 4, PC
Genre : Aksi

Saat trailernya dilancarkan, banyak penggemar anime Attack On Titan sudah tidak sabar untuk bermain dengan permainan ini. Permainan Attack On Titan ini tidak kurang bezanya dengan versi anime. Bagi anda penggemar anime Attack On Titan, bersedia dengan kelengkapan manuver 3D yang boleh anda gunakan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi atau saat anda melawan Titan.

4. Narutto Shipuuden : Ultimate Ninja Storm 4

Image result for Naruto Shippuden : Ultimate Ninja Storm 4

Platform : PS 4, Xbox One, PC
Genre : Aksi, Pertempuran

Penggemar siri anime Naruto adalah wajib untuk mencuba permainan Naruto Shippuden : Ultimate Ninja Storm 4 ini. Permainannya sangat mengujakan dan menampilkan gerakan-gerakan lincah watak yang persis pada versi anime. Terdapat pelbagai mod permainan, seperti player vs player, solo, dan player vs pemain lain secara atas talian.

5. Pokemon : Heart Gold

Image result for Pokemon : Heart Gold

Platform : Nintendo DS, PC
Genre : RPG

Meskipun ianya adalah keluaran lama, permainan ini masih sesuai untuk dimainkan pada saat ini. Permainan ini dikeluarkan oleh Nintendo pada tahun 2009 untuk versi Jepun dan 2010 untuk versi global. Jika dahulu permainan ini hanya dimainkan pada konsol Nintendo DS, namun kini permainan ini sudah boleh dimainkan melalui PC.

6. One Piece : Burning Blood

Image result for One Piece : Burning Blood

Platform : PS 4, PS Vista, Xbox One, PC
Genre : Fighting

Permainan ini secara rasmi dilancarkan oleh Bandai Namco pada 21 April 2016 untuk versi Jepun. Sementara untuk versi PC pula hanya dilancarkan pada dua bulan kemudian. Terdapat 40 karakter utama dan 65 karakter sampingan di dalam permainan ini dengan mod pertempuran seperti 1 vs 1, 3 vs 3, dan 9 vs 9.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

 

Antara 10 Permainan Terbaik Sepanjang Zaman Pada Platform PlayStation 1

Antara Kelebihan Xbox One Yang Anda Tidak Tahu

Antara Permainan Yang Sudah Mencecah 20 Tahun Pada Tahun Ini

Antara Gelagat Pemain Yang Kami Perhati Setakat 2017

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.