Pilihan Kami Ura-ura

6 Permainan Lumba Kereta Yang Kami Tunggu 2017

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Tahun 2016 telah menyaksikan beberapa permainan lumba kereta yang hebat daripada beberapa pengeluar. Untuk tahun ini pula, banyak video-video di Youtube mengenai trailer kini boleh disaksikan dimana mereka mendedahkan beberapa permainan perlumbaan kereta yang dinanti-nantikan dari beberapa francais permainan yang popular.

Untuk tahun 2017, kami cuba untuk senaraikan antara permainan lumba kereta terbaik untuk tahun ini.

Jika anda ingin membaca juga tentang perlumbaan kereta, Nintendo Switch Mario Kart, sila tekan di pautan ini

Senarai ini kami susun mengikut kedudukan berdasarkan grafik, gameplay, arena tempat perlumbaan, pilihan mod perlumbaan, jualan global, trek dan kereta.

1 – Gran Turismo Sport

Berbaloi-baloi untuk pemilik PS4 Pro kerana grafiknya!

Sony sudah boleh menarik nafas lega apabila taktikal untuk menjual Horizon Zero Dawn sudah berjaya. Kini giliran GT Sport pula yang akan mula dipromosikan oleh Sony.

Juga boleh didapati di PlayStation VR walaupun dalam “Mod Tour” khas sahaja. GT Sport tidak akan mempunyai cuaca yang dinamik dan perubahan malam tidak seperti pendahulunya Gran Turismo

Platform: PS4

Mod : Single Player, Multiplayer

2 – Forza Motorsport 7

Akan dikeluarkan pada September 2017. Ura-ura mengatakan trailer rasmi akan dikeluarkan pada semasa E3 di bulan Jun 2017 kelak.

Apa yang baru? Cuaca dinamik iaitu perubahan cuaca dari panas terik dan boleh berubah sehingga hujan lebat beserta petir semasa permainan dimainkan.

Selain banyak lagi senarai kereta yang ditambah, pemai n juga dikatakan boleh bermain perlumbaan motosikal dan juga penambahan litar seperti litar cross.

Platform: Windows, Xbox Scorpio, Xbox One

Mod: Single Player, Multiplayer

3 – Project Cars 2

Project Cars 2 menandakan permulaan kedua generasi perlumbaan. Kami dan peminat di seluruh dunia nampaknya tidak bersabar untuk menunggu Project Cars 2.

Project Cars 2 menjanjikan untuk menyediakan pemain dengan pelbagai trek dipilih daripada 50 lokasi di seluruh dunia. Mereka akan mempunyai lebih 200 trek untuk dipilih.

Selain itu, Project Cars 2 akan mempunyai pelbagai disiplin perlumbaan antara Rallycross untuk Hillclimbs. Lebih 200 kereta akan disediakan termasuk kereta lumba yang diharamkan. Lebih penting, permainan ini boleh didapati pada PC, PS4, Xbox One dan Xbox Scorpio.

h

Platform : PC, PS4, Xbox One dan Xbox Scorpio

4 – F1 2017

Tidak seperti permainan sebelumnya, F1 2017 dipersembahkan dengan 10 musim penuh dan semua 21 litar dari musim 2016 termasuk litar jalan Baku. Selain itu, pasukan baru seperti Renault dan Haas juga boleh didapati.

Permainan F1 2017 boleh mempunyai banyak teknologi yang dipertingkatkan dari segi hukum fizik dimana ada pengenalan dinamik baru seperti rintangan angin serta dimasukkan elemen seperti kegagalan mekanikal dan kebebasan untuk menukar tayar.

Platform : PS4, PC, Xbox One

5 – Forza Horizon 3

Dikeluarkan pada September 2016 dan masih lagi mengumpul peminat yang besar dalam komuniti permainan sepanjang 2017.

Tajuk DLC baru telah dikeluarkan pada 13 Disember digelar Blizzard Mountain, ia pada dasarnya membolehkan pemain yang mempunyai Blizzard Pass untuk memandu di atas salji untuk cuba bersaing menjadi raja gunung.

FH3 didatangkan dengan peta yang besar, pilihan sebanak 350 kereta dan pelbagai penyesuaian termasuk kit tuning seperti Liberty Walk dan Roket Bunny.

Platform : Windows, Xbox One

Mode : Single Player, Multiplayer

6 – Need for Speed 2017

Selalunya francais permainan NFS akan dikeluarkan pada setiap tahun, tetapi 2016 menyaksikan tiada pengeluar permainan untuk francais NFS oleh pemaju Ghost Games.  

Mereka mengumumkan bahawa francais akan datang tidak akan dikeluarkan sehingga 2017. Need for Speed 2017 buat masa ini belum lagi mempunyai sebarang nama rasmi.

EA Games lebih suka merahsikaan tentang permainan ini. Bahkan kami nak cari video trailer rasmi pon masih tiada lagi di Youtube. Info lebih lanjut mengenai Need for Speed 2017 akan kami kemaskini dari masa ke masa.

Platform: PS4, Xbox One

Mod : Single Player, Multiplayer

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.