Imbasan Pilihan Kami

6 Permainan Zombi Yang Anda Boleh Cuba

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Sebagai peminat permainan video. Anda pasti sekurang-kurangnya pernah bermain satu permainan zombi dalah sejarah permainan video anda dan kita telah melihat pelbagai jenis zombi.

Zombi yang cukup pantas, perlahan, dijangkiti virus, zombi yang berperwatakan koboi dan pelbagai lagi.

Jika anda penggemar permainan bercirikan zombi mahupun baru ingin berjinak-jinak di dalam dunia zombi ini. Maka anda boleh mencuba salah satu atau kesemua imbasan permainan zombi yang kami senaraikan ini.

1. The Last of Us

Platform : Ps4 & Ps3

The Last of Us adalah salah satu permainan zombi terbaik sepanjang zaman yang pernah diterbitkan. Watak utama, Joel dan Ellie perlu mencari ikhtiar untuk terus hidup. Permainan TLOU terbitan Naughty Dogs ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan cukup menyentuh perasaan.

Zombi di dalam TLOU adalah manusia yang telah bermutasi akibat daripada jangkitan parasit yang dipanggil Cordyceps Brain Infection. Parasit ini memakan dan merosakkan otak manusia dan manusia itu akan beralih menjadi zombi. Untuk ulasan yang lebih terperinci anda boleh melangkau ke pautan ini.

2. The Walking Dead

Platform : Ps4 , Ps3 , Xbox One , Xbox 360 , PC

Kami mula bermain permainan ini di platform PS3 dan antara salah satu permainan zombi kegemaran kami. Mempunyai jalan cerita yang menarik dan watak-watak menarik.

Dalam permainan ini anda sendiri yang akan menentukan pengakhiran jalan penceritaanya. Keputusan yang anda buat di dalam permainan akan menentukan hidup mati watak-watak di dalam permainan yang membuatkannya satu permainan yang juga menyentuh perasaan.

3. Resident Evil 4

Platform : Ps4 , Xbox One , Xbox 360 , PC , WII ,Gamecube

Leon adalah wira di dalam permainan RE 4 ini. Dia adalah antara yang terselamat semasa peristiwa di Racoon City dan apa yang pernah dibuatnya sampai ke pengetahuan kerajaan. Maka, Leon telah dilantik untuk menjadi agen kerajaan.

Leon ditugaskan dalam satu misi di Spain untuk menyelamatkan anak Presiden kerana diculik oleh satu cult organisation yang misteri. Di dalam misi itu, Leon perlu berhadapan dengan bermacam jenis zombi. 

4. Red Dead Redemption: Undead Nightmare

Platform : Xbox 360 & Ps3

Undead Nightmare adalah DLC pack untuk Red Dead Redemption dan hanya bercirikan mod pemain tunggal. John Marston perlu mencari penawar untuk mengelak zombi terus menular.

Dalam permainan DLC pack ini anda boleh melihat bagaimana orang awam yang terselamat perlu bertahan dari gelombang zombi ini.

Anda juga boleh membantu sesiapa yang terselamat dan berjuang bersama mereka di dalam misi untuk mencari penawar. Kalau kejadian ini terjadi di Malaysia mesti senang sahaja nak carik penawar dekat Klinik Penawar. Eh?

5. Rise of the Tomb Raider: Blood Ties

Platform : Ps4 , Xbox One ,PC

Lara yang baru sahaja pulang dari Syria terus ingin berjumpa ibubapanya di England. Tetapi disambut dengan berita bahawa ayahnya telah mati dan ibunya pula dikatakan hilang.

Menambah lagi permasalahan yang dihadapi Lara adalah pakciknya yang ingin membolot harta keluarga Lara.

Zombi di dalam permainan ini adalah zombi yang agak sukar dan mencabar untuk dibunuh. Ini kerana zombi-zombi ini ada yang memakai topi keledar dan mengenakan palet kalis peluru di badan mereka. 

6. Dying Light: The Following

Platform : Ps4 , Xbox One ,PC

Permainan yang bercirikan dunia terbuka. Apa yang menariknya adalah anda boleh menggunakan apa sahaja senjata mahupun kenderaan, termasuk melanggar zombi menggunakan kenderaan pilihan anda dan melenyek mereka seperti kentang putar KFC.

Watak utama permainan ini, Kyle yang tinggal di Harran perlu membantu kawasan yang di kuarantin. Kyle mengambil keputusan untuk menyiasat apa yang terjadi di luar bandar dan ingin menyelamatkan sesiapa sahaja yang terselamat daripada bencana zombi ini. 

Rumusan

Ini hanyalah sebahagian daripada tajuk permainan zombi yang berada di pasaran. Pelbagai pilihan menarik lain lagi yang boleh anda cuba seperti Call of Duty: Infinite Warfare Zombie, Dead Rising, Dead Island dan bermacam lagi. Apakah permainan zombi kegemaran yang menjadi pilihan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.