Berita

7.6 Juta Unit Nintendo Switch Sudah Terjual Setakat Ini

Diolah oleh Konsol

Jika konsol permainan video sering terbahagi kepada dua iaitu Playstation dan Xbox, tetapi bagi konsol hibrid pula, hanya satu konsol sahaja yang akan meniti di setiap bibir peminat permainan video di seluruh dunia termasuk Malaysia iaitu Nintendo Switch.

Buat masa ini, tiada mana-mana pesaing yang mampu untuk memecahkan dominasi konsol hibrid terbaik dunia ini. Dari segi permainan paling popular sehinggalah kepada angka jualan yang menakjubkan, Nintendo Switch telah pun membuktikan kepada dunia bahawa di dalam industri permainan video, grafik dan spesifikasi yang tinggi bukanlah segala-galanya.

Bercakap mengenai Nintendo Switch, baru-baru ini pihak Nintendo telah pun mengumumkan bahawa setakat ini sebanyak 7.6 juta konsol Nintendo Switch telah pun terjual diseluruh dunia.

Sebagai perbandingan, pada bulan Julai yang lepas hanya 4.7 juta unit Nitendo Switch telah pun dijual. Ini bermakna dalam masa 3 bulan, konsol hibrid terbaik dunia ini terus dilihat mengukuhkan kedudukannya di setiap hati peminat permainan video dengan menunjukkan peningkatan jualan sehingga 2.9 juta unit.

Mengikut pihak Nintendo juga, mereka menyasarkan untuk menjual konsol Nintendo Switch sebanyak 14 juta unit menjelang Mac 2018. Jika dilihat pada trend peningkatan jualan bagi konsol Nintendo Switch ini, tiada apa yang mustahil untuk dicapai oleh pihak Nintendo pada tahun hadapan.

Adakah anda juga salah seorang penyumbang kepada angka jualan memberansangkan Nintendo Switch ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen 🙂

Sumber: videogamer.com

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.