Pilihan Kami Tips

Antara Kerusi Permainan Pilihan Terbaik Di Pasaran

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Hi anda semua! Kami faham tentang luahan hati anda mengenai sofa anda yang tidak selesa atau kerusi kayu yang sentiasa menyakitkan bahagian belakang badan anda.

Buat anda yang banyak meluangkan masa dengan bermain konsol sehingga anda lupa tentang tanggungjawab lain di rumah kami ada senaraikan antara pilihan terbaik kerusi permainan untuk tahun 2017 ini.

Duit, duit, di mana kau duit?

1 – X Rocker II Video Gaming Chair

HARGA : RM 823.26 (tukaran terus daripada USD)

The X Rocker II adalah kerusi yang dinaik taraf daripada versi kerusi pertama. Hal yang paling penting adalah kerusi ini mempunyai audio tanpa wayar.

Walaubagaimanapun, anda tetap perlu memasang plug kord ke salur kuasa anda. Jadi anda tetap perlu berhati-hati bila berlari ke dapur untuk mengambil makanan bila perut sudah menunjukkan tanda-tanda lapar — dikhuatiri anda jatuh tersadung dek kerana wayar tersebut.

Reka bentuk YANG BOLEH DILIPAT memudahkan untuk disimpan. Terdapat pelaras bunyi di sebelah untuk melaraskan tahap bunyi.

Kerusi X Rocker diperbuat daripada material tahan lasak, jadi anda tidak akan menangis dan merungut bila dah digunakan dengan lama selepas beberapa bulan penggunaan.

Adakah ianya akan berfungsi dengan sempurna apabila dihubungkan dengan konsol seperti PS4 dan Xbox One? Ya kerana kerusi ini sesuai dengan semua JENIS KONSOL.

The X Rocker II memerlukan anda untuk membuat pemasangan sendiri. Jadi jangan lupa untuk membaca buku panduan sebelum memasangnya. Untuk sesiapa yang mengidamkan untuk menggunakan X Rocker II ini anda perlu pastikan TV anda mempunyai sambungan HDMI. Malangnya ianya tidak menyokong TV kotak.

2 – X Rocker Pro H3

HARGA : RM 701.87 (tukaran terus daripada USD)

Kemungkinan ini adalah kerusi permainan yang terbaik di pasaran. Ia juga dibikin untuk menjadi salah satu yang terbaik dalam pengeluarannya.

Apabila anda menggunakan kerusi ini anda pasti gembira dengan kualiti bunyi dan bass. Hakikatnya, selain untuk fungsi permainan kerusi ini juga boleh digunakan sebagai pembesar suara TV dan ini menjadikan kerusi Pro H3 serba boleh.

Ia cukup menyeronokkan untuk mendengar muzik dan menonton TV dan bukannya menggunakannya semata-mata untuk permainan.

Ciri-ciri lain seperti bahan lapik kerusi yang tebal, kualiti binaan, dan kecantikkan estetik memberikan kerusi kelihatan tergolong dalam kelas pertama.

Jika anda mengambil berat mengenai getaran, maka model ini tidak akan mengecewakan. Ia mempunyai bass yang sangat kuat yang meletakkan anda seperti didalam permainan terutama bila main permainan yang mempunyai kesan letupan dan kemalangan.

3 – X Rocker Pro Series Pedestal

HARGA : RM 668.61 (tukaran terus daripada USD)

Seperti yang anda tahu, terdapat banyak kerusi permainan yang ada di pasaran hari ini. Tetapi pilihan tetap berada ditangan kita untuk mempunyai hak memilih mana yang paling selesa.

Kebanyakan ulasan kerusi permainan di internet banyak mengatakan tentang kerusi model ini disebabkan kualiti yang baik. Anda boleh memasang kerusi ini dalam hanya beberapa minit dan pembesar suara tanpa wayar yang agak mudah ditetapkan.

Kualiti bunyi yang baik, tetapi jika anda seorang ‘audiophile’ mungkin anda tidak berapa seronok dengan tahap bass kerusi ini. Getaran juga agak lembut dengan model ini.

Jika anda menggunakan fon kepala, anda akan gembira dengan mengetahui model ini datang dengan port tambahan untuk MP3 dan fon kepala.

Dan jangan anda bimbang tentang isu-isu keserasian, model ini berfungsi dengan baik dengan Xbox One dan PS4. X Rocker Pro Series juga didatangkan dengan kekaki.

4. X Rocker Surge

HARGA : RM 592.33 (tukaran terus daripada USD)

Jika anda menyediakan sebuah bilik khas untuk bermain konsol, anda juga pasti inginkan set kerusi yang boleh dikatakan hebat.

Surge yang berharga LEBIH MURAH dan munasabah, jadi jika anda mencari kerusi permainan dan ingin mendapatkan 2 atau lebih kerusi permainan, kerusi ini boleh menjadi salah satu pilihannnya.

Surge ini dilengkapi dengan teknologi Bluetooth yang membolehkan anda untuk menetapkan ia dengan mana-mana peranti yang menggunakan Bluetooth.

Untuk faktor keselesaan, kerusi ini tidak didatangkan dengan tempat letak tangan. Tetapi anda pasti teruja dengan bunyi yang hebat dan bass yang mendalam.

Kebaikan kerusi ini adalah ianya lebih ringan daripada pilihan-pilihan yang lain supaya ia adalah lebih mudah untuk disimpan. Jika peranti / konsol tidak mempunyai keupayaan Bluetooth, anda juga boleh menyambung kabel kepada TV dengan menggunakan audio 3.5 mm. Ingat pilihan ditangan anda.

5 – X Rocker Triple Flip Chair

HARGA : RM 629.69 (tukaran terus daripada USD)

Kerusi permainan Triple Flip direka lebih seperti kerusi lengan tradisional. Salah satu perkara pertama yang akan anda perasan mengenai kerusi adalah fabrik yang padat lebih kurang seperti sofa di ofis.

Walaupun anda mempunyai ketinggian lebih dari 6 kaki kerusi ini masih boleh membuatkan anda untuk selesa.

Keunikan pada kerusi ini adalah ruang penyimpanan di bawah kerusi di mana anda boleh menyimpan CD permainan, konsol itu sendiri, pengawal, fon kepala, dan lain-lain kelengkapan.

Hanya supaya anda tahu, ini adalah juga kerusi yang menggunakan bunyi 2.1 yang mampu memberikan kualiti bunyi yang agak memuaskan untuk permainan dan mendengar muzik.

Akhir sekali, kerusi ini boleh dibentuk seperti kerusi malas opah kita macam kat kampung tu. *wink wink*

6 – Gioteck RC-3 Foldable Gaming Chair

HARGA : RM 1114.28 (tukaran terus daripada USD)

Kami benar-benar suka rupa dan reka bentuk kerusi ini. Fabrik berkualiti tinggi dengan jalur merah menjadikannya sangat elegan untuk pemain KONSOL.

Jika anda seorang yang kurus atau orang dewasa yang kurang tinggi anda pasti menyukai dengan kerusi ini. Ia  juga menggunakan sambungan berwayar untuk menghasilkan audio dan output kepada anda.

AMARAN : Kerusi ini tidak selesa untuk kanak-kanak yang mungkin terlalu kecil. Bagi kami untuk rupa dan kemasan memang kerusi ini adalah terbaik.

7 – Cohesion XP 8.1

HARGA : Tidak diumumkan kerana kehabisan stok, nampak tak betapa lakunya kerusi ini

Ini bukan seperti kerusi X Rocker, tengok gambar kerusi pun pasti anda dapat bezakan. Walaubagaimanapun kualiti kerusi adalah terbaik walaupun ianya bukanlah berasal dariapda jenama terkenal seperti X Rocker.

Ianya jugak pasti tidak semahal jenama X Rocker. Cohesion adalah kerusi yang ringan dan agak murah. Cohesion sedar bahawa pemain boleh menghabiskan banyak masa duduk di kerusi dan keselesaan yang merupakan ciri utama bagi kebanyakan produk mereka.

Jadi apa yang mereka buat? Mereka membuat Cohesion XP 8.1 dengan tambahan bahan lapik yang tebal menjadikan ia satu kegembiraan untuk duduk di situ selama berjam-jam.

Perkara lain yang menarik tentang kerusi ini adalah rekabentuk yang boleh dilipat — Pembikin kerusi ini juga menyedari ruang tamu adalah sesuatu tempat yang sesak.

Selebihnya ciri-ciri adalah seperti apa yang anda harapkan: panel kawalan untuk bicu fon kepala, kawalan bunyi, dan penerima berwayar dengan dua pembesar suara. Dari segi harga, XP 8.1 salah satu tawaran nilai yang terbaik dalam kategori kerusi permainan KONSOL.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.