Pilihan Kami Ulasan

7 Pengawal PS4 terbaik untuk anda cuba

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dengan permainan terkini yang telah dan akan keluar untuk PS4, semestinya anda inginkan kawalan permainan yang lebih canggih untuk prestasi yang lebih mengagumkan. Sama ada dengan penambahan butang atau ciri-ciri kawalan tambahan.

Walaupun penambahan baik ini nampak kecil tetapi boleh mendatangkan kesan yang besar kepada prestasi permainan anda. Terutamanya dalam permainan video First Person Shooter yang memerlukan kecekapan dan ketangkasan dalam mengawal alat pengawal konsol anda.

Berikut adalah beberapa pengawal terbaik yang anda boleh cuba untuk memberikan tahap kawalan yang maksima.

1. Razer Raiju

Razer, salah satu syarikat yang paling popular dalam pembuatan aksesori permainan, telah mengeluarkan ciptaan terbaru mereka, Razer Raiju.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang menarik untuk pengawal ini:

  •  Dua “bumper” tambahan dan “triggers” yang boleh di cabut.
  • Panel kawalan terbina di hadapan alat pengawal.
  • 4 butang kawalan mekanikal dengan tindak balas yang laju.
  • 4 butang panel kawalan pantas.
  •  Dua Profil ubah suai yang serta-merta boleh ditukar.
  • 3.5 mm port audio untuk output stereo audio dan input mikrofon
  • Getah analog yang boleh dicabut atau dipasang untuk memberikan cengkaman tambahan semasa sesi permainan sengit.
  • Serasi dengan semua sistem PS4 melalui kabel USB 3 Meter panjang.

HARGA : RM 1 096.74 (tukaran terus daripada Pound Sterling)

2. Nacon Revolution

Satu lagi pengawal dengan reka bentuk yang minimal tetapi mampu menambah kecekapan kawalan. Pasukan pereka industri dan jurutera Nacon bekerjasama dengan pemain profesional untuk membangunkan Revolution Pro Controller ini.

Pengawal ini sesuai untuk anda yang menitik beratkan keselesaan kawalan semasa bermain.

Ciri-ciri pengawal ini adalah:

  • Analog kiri dan kanan dibaik tambah dengan dengan 46° amplitud(kestabilan ayunan analog)
  • Pad yang berkemampuan dengan 8 haluan arah – sesuai untuk permainan pertempuran seperti Mortal Kombat, Injustice League, Street Fighters dan lain-lain.
  • 4 butang pintas tambahan yang anda boleh ubah suai.
  • 4 profil ubah suai yang membolehkan anda untuk mengubah suai fungsi butang, menukar butang pintas, dan mengubah sensitiviti analog, boleh diubah suai melalui aplikasi PC.
  • Serasi dengan semua sistem PS4 melalui kabel USB 3 Meter panjang.

HARGA : RM 468.40 (tukaran terus daripada Pound Sterling)

3. Controller Chaos

Pengawal keluaran Chaos mempunyai pengawal khas di dalam laman web mereka di mana anda boleh membuat penyesuaian pengawal PS4 yang menepati cita rasa anda sendiri.

Anda boleh menukar warna pengawal, menambah pelekat, dan juga menambah cip modifikasi untuk prestasi permainan yang lebih baik.

HARGA BERMULA DARI: RM 310.60 (tukaran terus daripada USD)

4. The Controller Shop

Pengawal keluaran The Controller Shop menawarkan reka bentuk yang mempunyai pelbagai pilihan. Tidak seperti Controller Chaos, The Controller Shop tidak mempunyai cip modifikasi.

Bagaimanapun, mereka mempunyai “butang belakang” yang mana anda boleh membuat penambahan sehingga empat butang yang boleh di ubah suai.

HARGA BERMULA DARI: RM 310.65 (tukaran terus daripada USD)

5. Modded Zone

Modded Zone memfokuskan kepada pelekat grafik untuk pengawal anda. Anda boleh menambah pelekat berdasarkan permainan video kegemaran anda.

Sama dengan Pengawal Chaos, Modden Zone hanya menawarkan cip modifikasi dan tiada modifikasi butang tambahan.

HARGA BERMULA DARI: RM 310.47 (tukaran terus daripada USD)

6. Scuf Gaming

Scuf Gaming menawarkan sentuhan yang unik untuk alat pengawal mereka. Anda boleh memilih daripada 60 pengawal keluaran mereka atau membuat modifikasi dengan cita rasa anda sendiri.

Mereka tidak hanya menawarkan reka bentuk yang boleh diubah suai sahaja tetapi juga:

  • Patented Paddle Control System – tindakan mimik, membolehkan ibu jari anda seperti kekal di analog, sementara anda menggunakan ibu jari anda untuk penggunaan lain.
  • Getah analog yang mudah untuk ditukar.

HARGA BERMULA DARI: RM 554.59 (tukaran terus daripada USD)

7. Evil Controllers

Evil Controllers bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang telah di ubah suai, ia juga menawarkan cip modifikasi dan butang tambahan untuk pengalaman permainan yang maksima.

Ciri-ciri pengawal ini adalah:

  • Tembakan berterusan (Rapid Fire)
  • Butang aksi di sebelah kiri dan butang pergerakan di sebelah kanan. (untuk pemain bertangan kidal)
  • Tembakan berterusan boleh laras (Adjustable Rapid Fire)
  • Penambahan peluru pantas (Fast Reload)
  • Skop Automatik (Auto Scope)
  • Larian Automatik (Auto Run)
  • Kenal pasti musuh secara automatik (Auto Spot – untuk permainan FPS utama seperti Battlefield dan Call of Duty)

HARGA BERMULA DARI: RM 310.65 (tukaran terus daripada USD)

Rumusan

Semua pengawal ini memang boleh membantu anda dalam meningkatkan prestasi permainan anda. Walau bagaimanapun, dari segi kemahiran, satu-satunya cara untuk memperbaiki kemahiran anda adalah dengan terus berlatih.

Ianya memang menyeronokkan untuk bermain dengan pilihan pengawal anda sendiri, pengawal khusus yang anda suka dan selesa. Sama ada ia adalah reka bentuk yang berbeza, penambahan butang, atau cip modifikasi yang berbeza.

Pengawal yang telah diubah suai ini sememangnya memberikan pengalaman yang baru dalam dunia permainan video anda.

Jadi banyak-banyak pengawal di atas, yang mana sudah berkenan di hati?

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.