Pilihan Kami Tips

9 Perkara Menarik Tentang FIFA 17

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Mungkin anda sudah bermain FIFA 17, bagaimana perasaannya? Anda suka atau masih lagi terdapat sedikit kritikan terhadap keseluruhan permainan ini? Apa-apa pun, selagi belum keluar FIFA 18, rasanya kami masih belum terlambat untuk mengatakan beberapa sebab kenapa kami sukakan FIFA 17.

Tetapi untuk Konsolians yang belum pernah bermain FIFA 17 dan teringin untuk bermain permainan ini, di sini kami ada senaraikan beberapa perkara menarik tentang FIFA 17 dan kenapa anda patut cuba FIFA 17.

1. Frostbite EA SPORTS ™

FIFA menggunakan enjin permainan baru. Enjin FROSTBITE membuatkan permainan FIFA 17 lebih terperinci dari segi kemasan watak dan stadium. Rasai sendiri pengalaman dan persekitaran baru seperti berjalan melalui terowong, bilik persalinan, pejabat pengurus, dan menaiki pesawat pasukan.

2. The Journey

FIFA 17 mempunyai mod serba baru yang dipanggil The Journey. Bermain untuk mana-mana pasukan Liga Perdana Inggeris seperti Alex Hunter atau menjadi prospek terhangat, cubalah untuk menggapai kejayaan dan kehebatan.

 Baca di sini untuk mengetahui tentang pilihan formasi FIFA17

3. Cara Permainan

Alami setiap detik dengan percaturan yang boleh diubah, sistem kecerdasan AI yang lebih aktif, kebolehan untuk membaik pulih fizikal semasa permainan, dan corak serangan yang baru

4. Mod Kerjaya

Suka Mod Kerjaya? Terdapat beberapa perubahan BESAR dalam FIFA 17 termasuk cara pengurusan kelab dan sistem kewangan yang baru, untuk bersama-sama dengan pengurus seperti di J-League dan serta lebih banyak pilihan!

5. Kelab Profesional

Sistem perkembangan pemain, kedudukan perlawanan dan ciri-ciri merupakan ciri-ciri terbaru di dalam Kelab Profesional. Ditambah lagi dengan  penyesuaian kit dan bermacam lagi. Terdapat sesuatu untuk setiap orang yang bermain dalam mod paling popular ini.

6. Cabaran Untuk Membina Pasukan

Lengkapkan cabaran dan anda akan mendapat ganjaran yang unik dalam permainan serba baru ini. Anda boleh menguji kemahiran pasukan yang anda tubuhkan daripada kosong sehingga menjadi seperti kelab professional seperti yang sedia ada di dalam FIFA 17.

 Baca di sini untuk mengetahui ‘golden boy’ dalam FIFA 17

7. Kejuaraan FUT

Anda memasuki kejuaraan ini, lalu anda melayakkan pasukan anda, anda naikkan kedudukan lalu anda mendapatkan ganjaran, dan ULANG semula. Tajuk ini merupakan mod terbaru FIFA Ultimate Team. Daftar sekarang untuk menyertai Kelab Juara FUT.

8. Jumlah Pasukan Yang Besar

Lebih 30 Liga dan lebih daripada 650 pasukan dimainkan dari seluruh dunia di dalam FIFA 17. Di tambah pula dan buat pertama kalinya, Meiji Yasuda dari J1 League kini terdapat di FIFA 17.

9. Stadium Baru

Stadium Olimpik, Stadium Riverside dan Stadium Bola Sepak Suita City merupakan antara stadium terbaru dalam FIFA 17. Jika itu tidak mencukupi, pertandingan bola sepak tertua di dunia juga ada di dalam FIFA 17.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.