Berita

A Way Out: Melepaskan Diri Dari Penjara Secara Co-op Dan Skrin Terbelah

Diolah oleh hang92

Dari pembikin di sebalik Brothers: A Tale of Two Sons, akan melancarkan permainan terbaru yang dipanggil A Way Out yang hanya boleh dimainkan pada skrin yang terbelah, split screen.

Penulis dan pengarah permainan, Josef Fares telah mengumumkan permainan ini pada sidang penganjuran EA di E3.

A Way Out ialah permainan yang berdasarkan jalan cerita seakan-akan Prison Break, memerlukan 2 orang pemain dalam mod co-op supaya melepaskan diri dari penjara.

Pemain akan sama ada mengawal Vincent atau Leo. Kedua-dua watak-watak ini akan beraksi pada cerita yang akan dimainkan serentak pada skrin TV anda. Walaupun jika watak lain tidak berada tempat yang sama dengan pemain yang lagi satu, pemain masih lagi boleh bermain cuma pada tempat kejadian lain.

Walaupun Fares berkata permainan ini boleh dimainkan dalam talian dengan rakan-rakan mereka, cuma idea utama adalah untuk pemain bermain bersama-sama dengan pasangan mereka di atas sofa di rumah.

A Way Out akan dilancarkan pada awal 2018.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.