Berita

ABSOLVER : Permainan Tempur Atas Talian Akan Hadir Ke PS4 Dan PC

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Absolver, permainan pertempuran atas talian yang mencuri tumpuan di dalam industri permainan video, akhirnya telah mempunyai tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 29 Ogos tahun ini di PS4 dan PC.

Permainan ini seakan mirip For Honor, tetapi mekanik permainan membuatkannya agak unik, seperti apa yang dipertontonkan di treler di bawah. Dunia dalam permainan ini, pemain akan menjadi Prospect, yang telah mengangkat sumpah untuk menyertai golongan elit Absolvers.

Ini adalah kumpulan pejuang yang berjuang untuk mengekalkan keseimbangan di dunia. Tujuan pemain adalah untuk bertarung sehingga ke kedudukan teratas, sama ada dengan pemain lain atau AI.

Pemain akan bermula tanpa senjata, dan fokus kepada gaya pertempuran. Ini termasuk Forsaken, Kahlt dan Windfall. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka.

Windfall boleh mengelak dengan mudah dan Kahlt pula boleh menerima asakan dan mendapatkan kembali nyawa yang telah berkurang ketika pertempuran.

Pemain juga boleh menggabungkan cara pertempuran, turutan pergerakan tempur dan melakukan tetapan pergerakan tempur kepada butang pengawal tertentu.

Ciri yang paling unik sekali adalah sistem mentor Absolver ini. Sebagai Prospect, anda boleh menjadi mentor kepada pemain atas talian yang anda temui di dalam permainan. Jika kedua-dua pihak setia sesama sendiri, pergerakan tempur baru akan diperolehi dan mungkin juga senjata.

Anda boleh bermain dengan mod PvP (Player VS Player) atau PvE (Player VS Environment). Untuk mod PvE Absolver, kurungan bawah tanah akan di sediakan yang mana pemain mesti berkumpul bersama-sama untuk melalui pertempuran.

Mod PvE dan mentor adalah tarikan utama untuk permainan ini. Absolver akan hadir ke platform PS4 dan PC pada 29 Ogos tahun ini.

Sumber : nerdmuch

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malays