Berita

Ace Combat 7: Bandai Namco Mempertontonkan Cara Permainan Ace Combat 7 Skies Unknown

Diolah oleh Konsol

Pada acara E3 2017 yang lepas, pihak Bandai Namco telah mempertontonkan treler cara permainan Ace Combat 7 Skies Unknown yang bakal dilancarkan pada 2018 kelak.

Daripada video treler dibawah, anda boleh melihat betapa menariknya permainan Ace Combat 7 Skies Unknown ini apabila ia bakal dimainkan nanti.

Tak sabar rasanya untuk memainkan permainan ini apabila ia dilancarkan.

Lebih-lebih lagi, pihak Bandai Namco telah pun mengesahkan bahawa permainan ini juga akan turut hadir pada PSVR (Playstation Virtual Reality) dalam bentuk kandungan misi ekslusif.

Akhir sekali, permainan Ace Combat 7 ini akan boleh dimainkan pada platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Bagi sesiapa yang belum mempunyai mana-mana platform diatas, bolehlah mula mengumpul duit dari sekarang. Masih sempat lagi tu, lagipun rayakan dah dekat.

Jangan lupa mintak duit raya lebih sikit dari saudara mara šŸ™‚

Sumber:Ā GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? KongsikanĀ pendapat andaĀ di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHAREĀ Facebook konsol.myĀ jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.