Berita

Ace Combat 7: Skies Unknown Mendapat Treler Jalan Cerita Terbaru

ace-combat-7-skies-unknown
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bandai Namco telah melancarkan treler terbaru sempena kembalinya permainan tempur udara Ace Combat yang sangat dinanti-nantikan. Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan treler baru untuk permainan ini memperlihatkan jalan cerita untuk permainan terbaru ini.

Kembali ke alam semesta Strangereal, Ace Combat 7 akan meneruskan kisah-kisah konflik dan siri keganasan politik antara negara-negara fiksyen Osea dan Erusea  -yang serupa dengan kita, namun berbeza dalam geografi dan sejarah.

Asalnya diumumkan sebagai permainan eksklusif PS4, Ace Combat 7: Skies Unknown akan dilancarkan di PS4, Xbox One dan PC. Selain dari itu; Ia juga akan mempunyai beberapa tahap keserasian PlayStation VR.

Ace Combat 7: Skies Unknown akan dikeluarkan pada tahun 2018

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.