Berita

ACE COMBAT 7: SKIES UNKNOWN TIDAK LAGI EKSKLUSIF UNTUK PS4

Diolah oleh hang92

Ramai yang tahu bahawa permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4, namun pada minggu ini Bandai Namco telah mengumumkan bahawa permainan Ace Combat 7: Skies Unknown turut boleh didapati pada platform Xbox One dan PC.

Cuma satu perkara yang pasti, hak eksklusiviti PS4 terletak pada PlayStation VR. Jika sesiapa yang mempunyai set PSVR ini maka pengalaman yang dapat tidak boleh dikongsi dengan mana-mana platform.

Penerbit permainan Ace Combat 7, Kazutoki Kono berkata mengenai permainan ini, Ace Combat akan menggunakan teknologi Strangereal, iaitu teknologi yang menggunakan keupayaan dunia sebenar di dalam permainan di mana butang-butang di dalam kokpit pesawat, pandangan juruterbang dan cara pelancaran pesawat hampir kepada realiti.

Permainan ini pada asalnya akan dilancarkan pada penghujung 2017, namun pada bulan lepas Kazutoki Kono berkata permainan ini akan dilancarkan pada 2017. Penerbit berkata penangguhan tarikh ini penting untuk memastikan projek ini berjaya.

Saksikan video treler di bawah;

Dan ini merupakan sedutan 10 minit permainan Ace Combat 7;

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.