Pilihan Kami Ulasan

Ada Apa Dengan Masalah Nintendo Switch?

Diolah oleh Along Naz

Masalah terbesar pemilik dengan Nintendo Switch

Seperti yang anda telah ketahui , Nintendo Switch telah dilancarkan pada awal Mac yang lepas, dan kini para pemain di seluruh dunia mempunyai satu lagi pilihan untuk  bermain dengan sebuah permainan hibrid berteknologi tinggi.

Jika ada sebab utama untuk anda memiliki Nintendo Switch, sudah tentu ianya adalah kerana Zelda.

Dan sebenarnya permainan yang mendapat pujian tertinggi ini sememangnya sangat mengagumkan.

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga segelintir kecil daripada pemilik Switch menghadapi beberapa masalah kecil dengan konsol mereka.

Dalam ulasan kali ini, kami akan menggariskan beberapa masalah yang sering berlaku kepada pengguna Switch dalam minggu pertama pelancarannya.

Sekiranya anda menghadapi masalah selain ini, kami amat menghargai sekiranya anda dapat berkongsi dengan kami di bahagian komen sama ada di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

1 – Joy-Con tidak bertindak balas.

Kebanyakan pemilik mendapati Joy-Con disebelah kiri seolah-olah tidak bertindak balas semasa bermain dalam docked mode.

Joy-Con berhadapan dengan masalah untuk sync di sebelah kiri terutama jika terdapat gangguan daripada alat elektronik yang lain, atau dalam sesetengah kes tangan anda, kaki ataupun anak kecil yang bersama anda.

Oleh itu semasa dalam proses sync, jangan letakkan benda-benda ini dihadapan anda.  

2 – Jangan sesekali membeli skin untuk JoyCon anda

Adalah perkara biasa jika seseorang pemilik ingin menghiasi konsol mereka dengan pilihan pelekat skin yang tertentu, tetapi anda tidak digalakkan berbuat demekian jika anda adalah pemilik Switch.

Ada pemilik melaporkan bahawa pelekat skin yang melekit telah menarik warna Switch dan juga controller Joy- Con.

Sebuah syarikat yang membuat skin ini telah mengingatkan para pemilik berkenaan masalah ini  di Twitter.

3 – Hanya mod konsol yang menyimpan permainan

Katakan anda sedang bermain Zelda dengan Switch selama 5 jam berterusan tiba-tiba sistem permainan berhenti secara tiba-tiba. Malangnya, permainan anda tidak dapat diselamatkan kerana tiada sistem penyimpanan kecuali anda bermain dalam mod konsol.

Anda boleh membawa Switch anda ke mana sahaja anda mahu pergi, tetapi anda tidak boleh menyimpan permainan ke dalam data.

Yang peliknya, data permainan tidak boleh dipindahkan ke kad MicroSD tetapi permainan dan screenshot boleh.

4 – Nintendo Switch Orange Screen of Death

Ada pemilik melaporkan skrin terus bertukar menjadi warna jingga apabila mereka cuba memasuki Nintendo eShop, kerosakan ini memerlukan punat reset untuk menjadi normal semula. 

Nasib baik punat reset semula yang boleh membaiki masalah ini, tetapi untuk berapa lama? Selain itu ada juga pemilik melaporkan berhadapan dengan skrin warna biru, skrin berkelip-kelip dan juga garis hitam putih muncul secara tiba-tiba di skrin Nintendo Switch. 

5 – Skrin tercalar apabila anda membawa keluar daripada dok.

Kita belum habis lagi bercakap mengenai isu skrin, beberapa pemilik Switch melaporkan skrin mereka tercalar di selepas mengambil keluar daripada dok.

Adakah skrin tercalar ini sama seperi ianya mencalarkan hati anda? Jika begitu bersegeralah anda membeli pelindung skrin jika anda mahu mengelakkan skrin Switch anda menjadi buruk.

Jika tidak mahu beli pelindung skrin, jagalah ia bagai menatang minyak yang penuh.

6 – Piksel Tersangkut (video permainan)

Ada pemilik telah melaporkan skrin Switch secara tiba-tiba piksel tersangkut / video permainan. Tetapi kerosakan ini hanya sekejap dan tidak lama lalu permainan video akan muncul kembali.

Nintendo sebenarnya telah memberi maklumbalas! Ini apa yang dikatakan oleh mereka dalam laman rasmi mereka : Sejumlah kecil piksel tersangkut atau mati ialah satu perkara biasa pada paparan skrin LCD. Ini adalah normal dan tidak sepatutnya dianggap satu kerosakan.

Bayangkan jika anda membeli satu produk dan berhabis wang ringgit yang banyak, sudah tentu anda berharap yang terbaik untuk produk tersebut. 

Tetapi jika anda tidak berpuas hati dengan sesuatu produk tersebut, kembalikan semula Switch pada kedai dan dapatkan penggantian bagi piksel tersangkut ini dan biarkan Nintendo tahu ini merupakan satu cara yang tidak boleh diterima oleh pembeli. (atau jualkan pada kami pada harga murah)

7 – Port pengecas di bahagian bawah.

Ini bukanlah satu isu besar. Sebagai contoh, anda bermain Switch dengan meletakkannya di atas meja, tetapi dengan jangka hayat bateri yang bertahan selama 5 jam agak menganggu juga apabila Switch perlu dicas.

Selalunya anda akan berada dalam mod memegang (di mana alat pengecas di bawah adalah elok) sambil anda mengecas pada dok tersebut.

Ada pemilik mengatakan ini adalah seperti satu kesilapan yang agak pelik, dan sesuatu yang mudah untuk Nintendo boleh elakkan

8 – WIFI, kipas dan permainan tergendala

Ada pemilik yang melaporkan lingkungan WiFi yang agak sukar untuk dicapai. Ada juga yang mengatakan mengenai bunyi kipas yang agak bising, dan ada juga tentang permainan yang tiba-tiba tergendala.

Tetapi itu semua hanyalah segelintir, bukan semua. Bak kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Jika anda telah mengalami sebarang masalah, atau  apa saja masalah lain, jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Apa lagi, jika anda sudah memiliki Nintendo Switch ini kongsikan pengalaman anda bermain permainan ini bersama kami!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.