Berita

Agony: Permainan Seram Yang Bermula Di Kickstarter Akan Hadir Ke Pasaran

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tajuk permainan indie pandangan orang pertama bergenre pengembaraan seram ‘Agony‘ telah dipertontonkan treler (tidak selamat di pejabat) NSFW cara permainan, dua tahun selepas kempen Kickstarter mereka.

Kembali pada tahun 2015,  permainan pengembaraan seram baru yang dikenali sebagai Agony telah memulakan kempen mereka di Kickstarter. Selepas dua tahun, Agony akhirnya dipertontonkan kepada orang ramai akan keseraman permainan ini dengan kehadiran treler (tidak selamat di pejabat) NSFW mereka.

AMARAN:  Treler berikut mengandungi kandungan grafik yang tidak menyenangkan.

Agony adalah bercirikan pandangan orang pertama bergenre pengembaraan seram di mana pemain akan mengawal seorang watak yang jiwanya terseksa, dan telah dihantar ke neraka. Protagonis ini tidak mempunyai memori tentang kehidupannya untuk masa lampau tetapi mempunyai keupayaan untuk mengawal minda iblis kecil dan orang-orang yang dia temui sebagai satu cara untuk meneruskan hidup.

Agony akan berada di pasaran bulan ini, Jun 2017, belum ada tarikh muktamad setakat ini dan akan hadir ke Playstation 4, Xbox One, dan PC.

Sumber : CogConnected

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.