Berita

Ahmad Zaharin aka ‘Arenz’ Sekali Lagi Memenangi Pertandingan Tekken 7 Peringkat Borneo

Diolah oleh hang92

Anda mungkin pernah membaca artikel kami yang bertajuk: Kenali Mestre Arenz, Pemain Tekken Bertaraf Dunia Dari Malaysia dan Ahmad Zaharin aka Arenz Telah Menjuarai Kejuaraan Tekken 7, Janda Cup

Kali ini, kami akan membincangkan tentang kemenangan terbaru beliau dalam dunia pertempuran Tekken 7 ini.

Pada Ahad lepas ada suatu pertandingan Tekken 7 yang pertama diadakan di Kota Kinabalu, Sabah selepas permainan ini dilancarkan tidak lama pada 2 minggu lepas. Pertandingan ini dinamakan Tekken 7: King Of Iron Fist Borneo Tournament

 

Ahmad Zaharin aka ‘Arenz’ dari pasukan Armageddon | Flash Vision dari Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Juara Iron Fist peringkat kejohanan Borneo yang diadakan di Riverson, The Walk.

Beliau berjaya membawa pulang hadiah kemenangan iaitu sebuah konsol PlayStation 4 Slim 500GB dan HORI Real Arcade Pro 4 Kai Tekken 7 Edition Fight.

Pada tempat kedua pula dimenangi oleh pemain Tekken tempatan iaitu Yong Tze Khiong aka ‘Iskandaryu’ dari Kota Kinabalu di mana dia telah membawa pulang hadiah Tekken 7 Collector’s Edition untuk PlayStation 4.

32 pemain Tekken dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Brunei dan Filipina telah berkumpul dan bertanding di dalam pertandingan Tekken 7 ini. Selain itu, ada juga pertandingan kecil lain seperti Kuiz Tekken dan Cosplay Tekken semasa kejohanan.

Pertandingan ini telah ditaja oleh TinyRobot, Play Interactive, Bandai Namco, Riverson – The Walk, Breeze mag, POP Events & Media, The Kinabalu Button Mashers, Digi Imago – DSE, Uber KK, Shariff “El Beardo” dan Jna

sumber: tinyrobotonline, BreezeMagazine

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.