Berita

Ahmad Zaharin aka Arenz Telah Menjuarai Kejuaraan Tekken 7, Janda Cup

Diolah oleh hang92

Anda mungkin pernah membaca artikel kami yang bertajuk: Kenali Mestre Arenz, Pemain Tekken Bertaraf Dunia Dari Malaysia

Kali ini, kami akan membincangkan tentang kemenangan terbaru beliau dalam dunia pertempuran Tekken ini.

Pada Ahad lepas ada suatu pertandingan Tekken 7 yang pertama diadakan di Malaysia selepas permainan ini dilancarkan tidak lama pada minggu lepas. Pertandingan ini dinamakan Janda Cup Tekken Tournament.

Pertandingan ini telah ditaja oleh ViewSonic, Armaggeddon Malaysia, AKRacing Malaysia dan Alcatroz Malaysia.

Seperti yang dinyatakan pada gambar di bawah, Arenz telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Meat. Untuk pengetahuan anda, Arenz telah dikalahkan oleh Meat pada pertandingan antarabangsa Tekken peringkat akhir yang bertempat di Singapura pada tahun lepas.

Pertandingan Tekken 7 kali ini merupakan pertemuan kali kedua di antara Arenz dan Meat di mana pada kejuaraan lepas mereka turut bersaing untuk tempat pertama dan kedua.

Cuma pada kali ini, Arenz telah berjaya membalas dendam dengan menggunakan watak capoera kegemaran ramai iaitu Eddy Gordo.

Keputusan akhir piala Janda ini berakhir dengan;

No 1 – Armaggeddon FV Arenz

No 2 – Armaggeddon FV Meat

No 3 – Zaba

Seribu tahniah kami ucapkan kepada Arenz. Untuk mengikuti lebih lanjut tentang perkembangan dan perjalanan Arenz dalam permainan pertempuran Tekken 7, anda boleh ikuti beliau di FB Armaggeddon FV Arenz sendiri.

  • Arenz dengan gayanya seperti biasa

sumber : Arenz, GeekEmpire

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.