Berita

Akhirnya Sokongan Micro USB Hadir Pada Kemaskini Terbaru Bagi Playstation Move

Diolah oleh Konsol

Masihkah anda ingin bermain permainan video menggunakan isyarat badan (body gesture) seperti yang telah dipopularkan oleh konsol Nintendo Wii dan Xbox 360 Kinect sewaktu ketika dahulu?

Jika jawapan anda ya, ini bermakna kemaskini yang dikeluarkan oleh pihak Sony terhadap Playstation Move tepat pada masanya.

Baru-baru ini, selain mengemaskini Playstation Virtual Reality (PSVR), pihak Sony juga telah pun mengemaskini alat kawalan Playstation Move yang baru dengan menampilkan sokongan Micro USB. Alat kawalan Playstation Move sebelum ini hanya menyertakan port mini USB seperti yang digunakan pada pengawal Playstation 3.

Selain daripada menyokong port Micro USB, alat kawalan Playstation Move yang baru ini juga akan disertakan dengan bateri yang lebih besar (1900 mAh) berbanding model Playstation Move sebelum ini (1350 mAh). Sekaligus membuatkan alat kawalan Playstation Move ini mampu untuk bertahan lebih lama sebelum ia perlu dicaskan semula.

Jika anda ingin memiliki alat kawalan Playstation Move terbaru ini, anda perlulah bersabar sedikit kerana pihak Sony hanya akan melancarkannya bersama-sama Playstation Virtual Reality (PSVR) kelak. Mungkin hujung tahun ini. Sama-sama kita menantikannya.

Sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia