Berita

Akhirnya Spotify Bakal Hadir Pada Konsol Xbox One

xbox-one-Spotify
Diolah oleh Konsol

Selain daripada bermain permainan video, mendengar muzik juga adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh hampir keseluruhan peminat permainan video.

Sejak dari dahulu peminat-peminat konsol keluaran Microsoft sering mengimpikan dimana mereka boleh memasangkan aplikasi popular penstriman muzik Spotify pada konsol Xbox kesayangan mereka. Dengan pemasangan aplikasi Spotify pada konsol Xbox One, hobi untuk mendengar muzik menjadi lebih mudah.

Apatah lagi, perkara seumpama ini pasti menjadi sesuatu pengalaman yang menakjubkan jika kita dapat bermain permainan video sambil mendengar muzik kegemaran.

Selain daripada itu, salah satu kelebihan kepada konsol keluaran Sony seperti Playstation 3 dan 4 ialah konsol ini telah pun menyokong aplikasi Spotify sejak 2015. Jadi agak sedikit mengecewakan bagi peminat konsol keluaran Microsoft kerana sehingga kini mereka masih belum boleh menggunakan aplikasi Spotify pada konsol Xbox One.

Tetapi, jangan risau perkara ini juga dilihat penting oleh pihak Microsoft, jadi mereka dalam usaha untuk menhadirkan aplikasi popular Spotify pada konsol keluaran mereka juga.

Menerusi laman Reddit, pihak Microsoft telah pun memuatnaik gambar yang menunjukan konsol Xbox One yang sedang memainkan muzik terus daripada aplikasi Spotify.

Gambar diatas telah pun dimuatnaik oleh akaun Major Nelson iaitu pengarah pengaturcaraan Xbox Live. Dengan tertirisnya gambar ini, ianya telah membuktikan bahawa pihak Microsoft sedang giat dalam usaha untuk menghadirkan aplikasi Spotify pada konsol Xbox One.

Rumusan

Dengan tertirisnya gambar ini, kita telah boleh untuk mengharapkan bahawa aplikasi penstriman muzik popular Spotify akan hadir pada konsol Xbox One tidak lama lagi.

Jadi adakah anda sebagai peminat konsol keluaran Microsoft juga berasa lega dan tidak sabar untuk menggunakan aplikasi Spotify sejurus membaca berita ini?

Konsikan pendapat anda dibahagian komen. Segala pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: Reddit Major Nelson

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.