Berita

Alami Pengalaman Pandangan Orang Pertama Di Dalam Spider-Man Homecoming VR

Diolah oleh hang92

Sony Pictures Entertainment telah mengumumkan Spider-Man: Homecoming VR, suatu permainan yang menggunakan platform VR sebagai satu promosi baru sempena filem terbaru Columbia Pictures iaitu Spider-Man: Homecoming.

Spider-Man: Homecoming VR menawarkan peluang kepada pemain untuk mencuba watak sebagai Spider-Man, anda akan mempunyai kelebihan seperti menembak sarang lelabah serta menghayunkan badan tinggi di udara di bandar New York dalam usaha melawan Vulture.

Spider-Man: Homecoming VR boleh didapati secara percuma di semua platform VR, termasuk PlayStation VR, HTC Vive dan Oculus Rift, bermula 30 Jun ini sempena keluaran filem Spider-Man: Homecoming.

sumber: venturebeat

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.