Berita

Alat Kawalan Jauh Baru PS4 Akan Mula Dijual Pada Julai Ini

Diolah oleh hang92

Sony telah mengumumkan bahawa PlayStation 4 Remote Media, alat kawalan jauh yang dikeluarkan secara rasmi daripada syarikat PDP akan boleh didapati pada bulan Julai 2017 ini.

Laman web PDP menyatakan alat kawalan jauh ini akan berharga $ 24.99 (~ RM 107.43). Alat kawalan jauh ini mempunyai reka bentuk yang lebih padat daripada alat kawalan jauh lama Universal PS4 Media Remote.

  • alat kawalan jauh PDP PS4 Remote yang baru

ps4 remote

  • alat kawalan jauh PS4 Universal yang lama

Antara ciri-ciri yang boleh dijangkakan dari PS4 Media Remote adalah;

Mudah, Kawalan Berkesan – PS4 sebagai sebuah media hiburan keluarga PS4 yang sempurna.
Reka bentuk yang mudah dan padat – Akses semua kawalan penting di bawah ibu jari anda.
Disambung melalui Bluetooth – Menggunakan Bluetooth untuk mengawal sistem PS4 anda.
Butang PS4 – Termasuk butang yang paling penting untuk meluncur menu dan sistem aplikasi sistem termasuk butang Share, Options, dan butang PS.
Kawalan App – Media Remote akan serasi sepenuhnya dengan kebanyakan app di menu PlayStation 4

Alat kawalan jauh ini menggunakan dua bateri bersaiz AAA. Bateri dijual berasingan.

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.