Berita

All Controller: Sebuah Pengawal Universal Untuk Semua Platform

All-Controller
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

ALL Controller, sebuah pengawal pad tunggal yang direka untuk berfungsi dengan mudah dan lancar di semua konsol atau platform permainan pilihan anda. Bagi mereka yang mempunyai platform permainan yang pelbagai jenis, maka sudah tentu pengawal ini sangat berguna.

Dilancarkan di Kickstarter, produk ini telah menjadi perhatian ramai dengan melepasi sasaran kutipan dana sebanyak CAD 75,000 (~RM 253,707)  dengan 43 hari lagi sebelum tempoh kutipan dana ditutup.

all-controller

Jumlah keseluruhan buat masa ini telah melepasi CAD 115,000 (~RM 389,018). Ini menunjukkan komuniti permainan video ingin melihat pengawal ini menjadi kenyataan.

Di antara ciri-cirinya, ia membolehkan setiap butang ditetapkan kepada spesifikasi peribadi pemain, dan sensitiviti juga boleh ditentu ukur. Rekaan pengawal ini sedikit menyerupai pengawal Xbox One, ia mempunyai skrin LCD kecil untuk dipasangkan ke peranti yang ingin dimainkan.

Ia juga mempunyai sokongan tanpa wayar dengan beberapa peranti tertentu seperti Xbox One/360, PS3/PS4, dan PC. Manakala peranti kecil USB digunakan untuk menghubungkan ke peranti yang tidak tersokong secara tersedia.

all-controller-2

ALL Controller kini menyokong PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One dan Xbox 360, dengan Nintendo Switch disenaraikan dalam fasa pembangunan. Lain-lain peranti yang disokong adalah PC, MAC, iOS dan Android.

Dengan kempen Kickstarter yang berjaya bermakna pengawal ini akan dilancarkan pada Mei 2018 dengan tanda harga CAD 110 (~RM389).

Apa pendapat anda tentang ALL Controller ini? Adakah anda memerlukannya dalam kehidupan permainan video anda? Kongsikan pendapat anda dengan kami!

Sumber: TechCrunch

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Pengawal PS4 God of War Ini Sangat Mengagumkan

Nintendo Switch: Pengawal Permainan Tempur Pokemon Sudah Boleh Di Pra-Tempah

Pilihan Pengawal Arked Terbaik Untuk PlayStation 4

Sembang Konsol: Kenali Pengawal PS4 Nacon Revolution

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.