Berita

Ancient Amuletor: Pertahankan Istana Anda Menggunakan Set PSVR

Diolah oleh hang92

Permainan yang direka khusus untuk VR oleh syarikat TiGames ini menggunakan teknologi Unreal Engine 4, Ancient Amuletor adalah permainan yang memerlukan anda untuk mempertahankan istana anda pada zaman purba.

Anda akan berlawan dengan makhluk ajaib, raksasa dan banyak lagi. Anda akan bermain berlatarbelakangkan Mesir, Rome dan pelbagai tempat lain. Ancient Amuletor mempunyai persekitaran yang cantik dimana kesemua rekabentuk di dalam permainan ini seolah-olah hidup dengan disulami warna yang sangat menarik.

Ancient Amuletor boleh mulai didapati pada 27 Jun ini melalui Playstation Store. Kunjungi kedai runcit digital ini untuk mendapatkan demo percuma.

sumber: flickeringmyth

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.