Berita

Anda Boleh Lupakan PS4 Pro Dan Miliki Xbox One X – Kata Eksekutif Microsoft

Diolah oleh Konsol

Nampaknya pihak Microsoft dilihat bersungguh-sungguh menjalankan propaganda mereka dalam memasarkan konsol terbaru Xbox One X yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Terbaru, salah seorang eksekutif Microsoft iaitu Aaron Greenberg telah memberitahu kepada umum mengapa anda memerlukan Xbox One X berbanding konsol popular Playstation 4 Pro.

Menurut beliau, anda memerlukan Xbox One X ini kerana konsol ini dapat memberikan anda permainan video sebenar pada resolusi 4K

Selain daripada itu beliau juga menambah, permainan video pada resolusi 4K memerlukan sesebuah konsol untuk mempunyai keupayaan pemprosessan sekitar 6 Teraflops per saat dan ianya boleh didapati pada Xbox One X.

Disamping itu juga, Xbox One X mempunyai kekuatan grafik 43% melebihi Playstation 4 Pro, serta dilengkapi memori melebihi Playstation 4 Pro sebanyak 60% untuk kegunaan pembangun permainan video.

Oleh itu menurut Aaron Greenberg, tidak kira permainan apa sekali pun yang anda mainkan contohnya permainan perlumbaan, RPG, hoki dan bolasepak, ianya akan kelihatan lebih baik pada Xbox One X kerana kami menyediakan kuasa yang lebih pada konsol ini berbanding Playstation 4 Pro.

Jadi itulah sebabnya menurut Aaron Greenberg, mengapa anda mesti memiliki Xbox One X ini dan boleh melupakan Playstation 4 Pro.

Rumusan

Xbox One X mungkin jauh lebih hebat berbanding Playstation 4 Pro jika dibandingkan pada kehebatan pemprosessan dan grafik!

Tetapi pihak Microsoft juga perlu diingatkan bahawa, kelebihan pemprosesan dan grafik semata-mata bukanlah jawapan kepada populariti sesebuah konsol.

Ini kerana, semua sedia maklum bahawa konsol keluaran Sony juga terkenal dengan permainan eksklusif yang lebih menarik jika dibandingkan dengan konsol keluaran Microsoft.

Jadi tidak hairan jika selama ini, konsol Playstation lebih mendapat perhatian di hati setiap peminat permainan video di dunia terutamanya di Malaysia.

Disamping itu juga, tanda harga yang diumumkan pihak Microsoft bagi Xbox One X jauh lebih mahal berbanding Playstation 4 Pro.

Oleh itu, adakah dengan memberikan kelebihan pada kekuatan pemprosessan dan grafik pada Xbox One X bakal menjadikan konsol keluaran Microsoft ini mendahului carta jualan bila ia dilancarkan, sama-sama kita nantikan.

Adakah anda bersetuju dengan Aaron Greenberg? Nyatakan pandangan anda diruangan komen 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.