Berita

Anda Boleh Melakukan Pra Tempahan Xbox One X Tidak Lama Lagi

Diolah oleh Konsol

Microsoft Xbox One X yang diumumkan pada acara E3 2017 yang lepas bakal dilancarkan kurang daripada 4 bulan dari sekarang.

Walaubagaimanapun, agak mengecewakan kerana setakat ini pihak Microsoft masih lagi tidak membuka sebarang pra-tempahan bagi konsol paling berkuasa ini.

Tetapi menerusi satu status yang baru sahaja dimuatnaik oleh ketua bahagian Xbox iaitu Phil Spencer, pra-tempahan bagi konsol Xbox One X ini akan dibuka pada bila-bila masa dari sekarang.

Tambah beliau lagi, segala ujian dan pemeriksaan telah pun selesai dan telah mendapat lampu hijau dari pihak pengurusan. Ini bermakna, konsol Xbox One X ini telah pun selesai diuji bagi tahap akhir dan telah pun boleh dijual kepada pengguna.

Sebagai rujukan, konsol Xbox One X ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 November 2017. Mungkin tarikh ini dipilih oleh pihak Microsoft sempena Hari Natal yang bakal berlangsung pada 25 Disember 2017.

Sebab pada Hari Natal setiap orang saling bertukar hadiah, jadi tak perlu nak pening-pening barang apa yang hendak dijadikan hadiah. Beli saja Xbox One X ini.

Adakah apabila pra-tempahan ini dibuka, anda akan menjadi salah seorang yang membuat tempahan?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.