Berita

Anda Boleh Membandingkan Permainan Crash Bandicoot PS1 Asal Dan PS4 Baru Pada Video Ini

Diolah oleh hang92

Digital Foundry telah mengeluarkan satu video baru yang bukan sahaja menceritakan tentang sejarah siri permainan Crash Bandicoot tetapi mereka juga telah membandingkan grafik visual permainan lama ini dengan permainan terbaru iaitu  N. Sane Trilogy, permainan Bandicoot yang dikeluarkan semula.

Video ini memaparkan perbezaan antara siri Bandicoot yang asal dengan Bandicoot baru dan membandingkan dengan semua siri trilogi lama iaitu Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back, dan Crash Bandicoot 3: Warped.

Selain itu juga,, mereka juga membandingkan kualiti dan muzik audio asal dengan permainan baru ini. Mereka juga turut membandingkan data bingkai persaat, dimana N. Sane Trilogy dimainkan pada 30 fps walaupun pada PS4 Pro

Akhir sekali, video ini juga membandingkan perbezaan apabila permainan ini dimainkan pada versi PS4 dan versi PS4 Pro.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy kini boleh didapati pada konsol PlayStation 4.

Sumber: Digital Foundry (YouTube)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.