Berita

Anda Kini Boleh Bermain NES Classic Dengan Pengawal Joy-Con Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Walaupun Nintendo Switch mempunyai beberapa masalah, namun tak dapat dinafikan mereka mempunyai peminat tersendiri.

8bitdo, sebuah syarikat yang membangunkan perkakasan tanpa wayar retro telah mengumumkan kemaskini untuk versi NES Classic Edition.

Anda kini boleh menggunakan pengawal Joy-Con Nintendo Switch dengan NES Classic Edition, apa yang anda perlukan adalah sebuah adaptor kecil dan murah yang dijual oleh syarikat mereka dengan harga $ 16.99 (~ RM 75.57)

Ini bermakna anda akan dapat untuk bermain mana-mana 30 permainan pada NES Classic menggunakan pengawal Joy-Con Nintendo Switch.

Joy-Con mungkin adalah cara yang tidak ideal untuk bermain permainan klasik 8-bit, tetapi kemaskini perisian ini sekurang-kurangnya menyediakan satu lagi pilihan apabila ia digunakan  untuk NES Classic dengan tanpa wayar.

Sumber : theverge

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.