Berita

Android 17 Mungkin Akan Disenaraikan Di Dalam DragonBall FighterZ

Diolah oleh hang92

Chuck Huber, pelakon yang menyumbang suara Android 17 untuk siri Bahasa Inggeris untuk Dragon Ball Z, telah ditanya mengenai jika dia telah merakam suaranya untuk digunakan permainan akan datang ini. Menurut Enrique Bermudez di Twitter, Chuck Huber telah memberi beberapa jawapan menarik mengenai hal ini dengan berkata:

“Saya tidak mempunyai peranan pada Dragon Ball Super, tetapi saya telah melakukan beberapa perkara pada FighterZ.” – kata Chuch Huber kepada Enrique Bermudez

Image result for android 17

Pada minggu lepas, kita semua telah disajikan dengan berita bahawa Future Trunks, Pikor, Kurin telah dibawa masuk ke dalam permainan ini. Dan kini potensi untuk Android 17 menyertai senarai watak ini juga semakin kuat. Jika kata-kata berdasarkan Twitter di bawah ini adalah benar, kita juga akan menerima permainan ini di dalam Bahasa Inggeris.

Dragon Ball FighterZ kini sedang dijadualkan untuk dilancarkan pada awal 2018 pada platform PlayStation 4, Xbox One dan Steam.

sumber: shoryuken

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Dragon Ball Fighter Z: Mungkin Bakal Hadir Di Nintendo Switch

Dragon Ball Z : Siri Baru Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.