Android & iOS

Android & iOS : Bersedia Untuk Membedah Di Operate Now: Hospital

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi
  • Operate Now: Hospital adalah permainan yang tidak hanya membolehkan anda melakukan pembedahan ke atas pesakit anda, malah anda juga bertanggungjawab ke atas pengurusan hospital.

Di dalam permainan ini anda berperanan sebagai seorang pakar bedah, menubuhkan sebuah pasukan perubatan, dan menguruskan sebuah hospital.

Dalam permainan simulasi realistik ini, objektif anda adalah untuk menubuhkan satu pasukan perubatan yang berkemahiran tinggi untuk melakukan pembedahan terhadap pesakit dan membangunkan kemudahan perubatan hospital agar menjadi pusat perubatan terulung di dunia.

Anda perlu bersedia untuk menghadapi keadaan kecemasan di mana anda mempunyai masa yang suntuk untuk menyelamatkan nyawa. Perlu membuat keputusan yang penting, menjalankan pembedahan yang kompleks dan semua jenis prosedur perubatan lain pada pesakit anda.

Ketika anda melepasi setiap peringkat permainan, imbasan mula muncul yang akan menceritakan kisah kehidupan pesakit anda dan detik-detik kerjaya perubatan anda. Akan ada saat-saat di mana anda menghadapi situasi yang sukar.

Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi pakar bedah dan pengurus hospital  terbaik di dunia? Jika ya. Ayuh muat turun permainan ini!

Operate Now: Hospital sudah boleh di muat turun secara percuma (bersama pembelian dalam permainan) di iTunes App Store dan Google Play Store.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Menghuru-harakan Bilik Pembedahan Dengan Surgeon Simulator

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.