Android & iOS

Android & iOS : Bertinju Sebagai Manny Pacquiao Di Dalam Real Boxing

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Peninju lagenda dan juara dunia 8 kali – Manny Pacquiao, membintangi permainan telefon bimbit yang diterbitkan oleh Vivid Games.

Vivid Games adalah pembangun permainan tinju popular, Real Boxing, yang telah menerima beberapa kemas kini dan kerjasama beberapa tahun kebelakangan ini.

Real Boxing Manny Pacquiao (Percuma) membolehkan anda bertinju sebagai Manny sendiri dan berentap bersama peninju-peninju lain dari seluruh dunia. Dengan menggunakan kemahiran beliau, anda boleh menguasai gelanggang dengan kombinasi gerakan yang berbeza.

Permainan ini turut memperkenalkan mod pemain tunggal and multiplayer dengan beberapa tetapan yang boleh dibuahsuai.

Di bawah adalah treler rasmi Real Boxing Manny Pacquiao dan anda boleh memuat turun permainan ini di App Store atau Google Play.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia